Oleh: Merkia
Bila baca sahaja tajuk di atas, kita pasti teringat lagu yang pernah didendangkan oleh Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Syahdu bila mendengarnya terutama bila musim hujan.
Bila sebut hujan, sudah pasti ia membasahkan tubuh yang kering ketika pulang dari tempat kerja. Aku sebagai pengguna jalan raya dengan menunggang motosikal, sudah pasti menderita kesejukkan seperti mana yang menimpa ke atas para penunggang yang lain.
Kalau setakat pulang dari tempat kerja, tiada masalah sebab sampai rumah terus mandi dan tidur. Tetapi jika ia berlaku di waktu pagi antara pukul 6 hingga 7 pagi, susah juga.
Walau apa pun, kita tetap bersyukur akan kehadiran hujan yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah di sebalik ciptaan Tuhan. Menyuburkan tanaman pertanian, menamatkan musim kemarau yang sekian lama menyusahkan penduduk dan bermacam lagilah.
Pendek kata, kita perlulah ucapkan Alhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan