Khamis, 25 Februari 2010

Gaji lambat masuk...!

Oleh: Merkia

Apa punya malang yang menimpa pada bulan Februari. Sudahlah duit kedai hilang dan perlu diganti. Lepas itu pula gaji lambat masuk. Pihak majikan kata gaji masuk pada 1 Mac. Aku sendiri tidak faham apa yang mereka buat sehinggakan gaji kami lambat masuk.

Mereka yang menguruskan gaji pekerja tidak berapa profesional! Mereka sepatutnya bersedia bila menjelang pertengahan bulan untuk menyediakan waktu memasukkan gaji di dalam bank mengikut jadual yang ditetapkan.

Ikutkan hati yang tengah mendidih, dah lama aku berhenti kerja! Tetapi bila fikirkan balik, aku sayang karier yang telah kecimpung sejak tahun 2007. Tak kisahlah lambat masuk. Jangan sampai tak masuk langsung dan mereka berkata: "Berkorban demi koperasi...!"

Selasa, 16 Februari 2010

Kancil, kancil dan kancil! Bosan sungguh!



Oleh: Merkia

Kita selalu mendengar cerita rakyat atau dongeng yang berkaitan dengan haiwan cerdik, sang Kancil. Dengan kelebihan yang dimiliki, sang Kancil telah berjaya memperdayakan banyak haiwan termasuklah yang buas seperti buaya, singa, harimau dan sebagainya.

Dikatakan juga sang Kancil adalah haiwan yang angkuh dan lagi sombong sehinggakan mendabik dada serta mengakui dirinya raja rimba dan menyatakan sang Singa tidak layak menjadi pemimpin. Sang Kancil tidak bercakap di belakang tetapi di depan sang Singa serta warga rimba yang lain.

Namun begitu, sehebat mana pun kecerdikkan dan kebijaksanaan sang Kancil, haiwan ini tidak mampu mengatasi kecerdikkan serta kebijaksanaan manusia.

Allah S.W.T menganugerahkan manusia akal untuk berfikir. Dengan akal fikiran tersebut, manusia boleh memasang strategi untuk memburu dan menangkap sang Kancil. Begitu juga merancang kegiatan perniagaan dengan menjalankan penternakkan kancil demi mendapatkan keuntungan yang lumayan serta dagingnya.

Oleh itu, segala cerita rakyat yang diceritakan oleh datuk dan nenek kita dahulu tidak lagi relevan pada masa kini.

Kesimpulannya, sang Kancil tetap sang Kancil dan masih tergolong dalam kategori haiwan yang halal dimakan. Mustahil sang Kancil boleh bertukar menjadi manusia hanya kerana kecerdikkan dan kebijaksanaannya memperdayakan haiwan lain.

Sabtu, 13 Februari 2010

Tarian remaja Britain jadi sensasi di Jepun

Dipetik dari akhbar KOSMO! 12 Februari 2010

Tokyo – Seorang remaja perempuan Britain berumur 14 tahun, Rebecca Flint menduduki carta popular di Jepun selepas klip tariannya yang disiarkan menerusi lama web YouTube menjadi popular di internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang merupakan pelajar di sebuah sekolah di Isle of Man Island berjaya menarik perhatian peminat muzik negara matahari terbit tersebut apabila laman web tarian unik dirinya menjadi yang kedua paling banyak dilihat di Jepun.

Rebecca yang telah membuat persembahan secara langsung di Tokyo menyatakan dia mula menjadi terkenal selepas berjuta-juta orang melihat tariannya di YouTube.

Dia menari tarian pop muzik Jepun dan mengikut irama muzik kartun anime.

“Saya teruja dengan bilangan penonton yang saya peroleh. Saya sayang anda semua. Saya amat teruja.” Katanya.

Albumnya dijangka menduduki carta nombor satu selepas ia diterbitkan oleh Tokuma Japan.

Anak perempuan seorang anggota polis dan pengajar tarian, Rebecca menjadi popular kerana dia mempunyai mata besar, muka kecil dan tangan kurus sama seperti watak kartun.

Bapanya, Derek berkata: “Tidak ramai remaja perempuan yang dapat mengembara ke beberapa buah negara dan mempunyai pendedahan seperti itu.” – Agensi

Jun Matsutomo terlibat kemalangan

Dipetik dari akhbar KOSMO! 11 Februari 2010

Jun Matsutomo (26) ahli kumpulan Arashi telah terlibat dalam satu kemalangan kecil baru-baru ini. Bagaimana pun dia bernasib baik kerana tiada sesiapa tercedera termasuk pemandu kereta yang dilanggar.

Kejadian itu berlaku pada 11.15 malam ketika Jun yang memandu di bangsal Meguro Tokyo gagal memberhentikan keretanya lalu terlanggar sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.

Menurut polis, pihaknya percaya kedua-dua kereta cuba untuk berhenti di lampu isyarat tersebut tetapi gagal kerana jalan licin disebabkan salji.

Walau pun mereka berdua tidak cedera, tetapi bahagian depan kereta Jun dan belakang kereta wanita itu rosak.

Mengulas tentang insiden tersebut, Jun mengatakan: “Saya okay. Itu cuma kemalangan kecil. Tidak apa yang perlu dibimbangkan.”

Becky Jadi Pengacara Winter Olympics NHK

Dipetik dari Arena Komik 5 Februari 2010

Saluran NHK telah mengummkan bahawa selebriti Becky (25) akan menjadi salah seorang pengacara bagi rancangan informasi yang dipanggil ‘Vancouver Olympics Best Selection’ yang akan ditayangkan dari studio Shibuya semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Ini merupakan kali pertama NHK menggunakan pengacara dari luar studio mereka dan kali pertama Becky menjadi pengulas bagi olimpik. Menurutnya, dia sangat gembira dengan tugas ini. Oleh kerana dia mudah berasa gembira, dia perlu mengawal dirinya supaya tugasnya itu dapat dijalankan dengan tingkah laku orang dewasa.

Menurutnya juga, dia berminat untuk menyaksikan atlit peluncur ais Mao Asada (19) dan Miho Takagi (15) beraksi dalam kejohanan itu kerana usia mereka berdua yang masih muda tetapi sudah bersaing di peringkat dunia.

Menurut jurucakap NHK, Becky dipilih kerana ‘dia popular di kalangan semua peringkat usia dan mampu menonjolkan dirinya’. Becky akan menyertai pengulas veteran, Saburo Kudo dan Naoko Suzuki. Program ini akan berlangsung dari 14 hingga 28 Februari.

Selasa, 9 Februari 2010

Mereka yang resah dan gelisah

Oleh: Merkia

Mereka resah apabila pekungnya terdedah
Mereka gelisah apabila hartanya lenyap
Mereka resah apabila kuasanya malap
Mereka gelisah apabila jiwanya terancam

Mereka resah apabila kebenaran membuktikan segalanya
Mereka gelisah apabila dirinya diambang kejatuhan
Mereka resah apabila mahligai impiannya musnah
Mereka gelisah apabila yang dikejar tak dapat, yang digendong terciciran

Mereka resah apabila candu khayalan kehabisan
Mereka gelisah apabila Malaikat Maut datang menyapa

Wahai anak-anak Adam
Janganlah kau mencintai kehidupan sepenuh hati
Janganlah lupa kehidupan ini hanyalah sementara
Kelak kemudian dirimu yang rugi

Khamis, 4 Februari 2010

Hujan Turun Bagaikan Mutiara

Oleh: Merkia

Bila baca sahaja tajuk di atas, kita pasti teringat lagu yang pernah didendangkan oleh Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Syahdu bila mendengarnya terutama bila musim hujan.

Bila sebut hujan, sudah pasti ia membasahkan tubuh yang kering ketika pulang dari tempat kerja. Aku sebagai pengguna jalan raya dengan menunggang motosikal, sudah pasti menderita kesejukkan seperti mana yang menimpa ke atas para penunggang yang lain.

Kalau setakat pulang dari tempat kerja, tiada masalah sebab sampai rumah terus mandi dan tidur. Tetapi jika ia berlaku di waktu pagi antara pukul 6 hingga 7 pagi, susah juga.

Walau apa pun, kita tetap bersyukur akan kehadiran hujan yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah di sebalik ciptaan Tuhan. Menyuburkan tanaman pertanian, menamatkan musim kemarau yang sekian lama menyusahkan penduduk dan bermacam lagilah.

Pendek kata, kita perlulah ucapkan Alhamdulillah...

Isnin, 1 Februari 2010

Helah Oguri - Yamada

Dipetik dari Komik Remaja 25 Januari 2010

11 Januari, Oguri Shun dan Yamada Yu telah berusaha dengan baik untuk mengelakkan diri dari kelihatan seperti satu pasangan kekasih tetapi mereka tidak dapat menipu sesiapa lagi.

Pasangan ini pulang ke Lapangan Terbang Narita selepas seminggu bercuti di Hawaii. Sama dengan waktu mereka bertolak, dua selebriti itu melepasi pintu ketibaan dan kastam secara berasingan.

Asalkan jika pihak media tidak dapat mengambil gambar mereka bersama, mereka boleh menafikan hubungan mereka. Namun, tanda-tanda romantik bukanlah sukar untuk dikesan.

Oguri keluar dari kastam dengan menolak kart bagasi yang terdapat beg yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan, termasuklah sebuah bega golf berwarna merah jambu. Sepanjang masa itu dia bercakap dengan telefon bimbitnya, satu cara untuk mengelakkan soalan wartawan dan kelihatan terganggu dengan perhatian media.

Yamada pula sentiasa senyum untuk kamera apabila berjalan dengan rakannya, model Hasegawa Jun. Yamada dilihat membawa dua pasport dan sesuatu berkilat di jari cincinnya. Seperti Oguri, dia juga enggan menjawab soalan wartawan dan menafikan percutian ini sebagai percutian ‘pra-perkahwinan’.