Khamis, 22 Mac 2012

Yoshida Kahwin Lelaki Muda


Tokyo - Seorang penyanyi pop terkenal Jepun, Miwa Yoshida (gambar atas) menyatakan semalam dia telah berkahwin dengan seorang pemuda yang 20 tahun lebih muda daripadanya.

Yoshida, 46, penyanyi utama kumpulan Dreams Come True membuat pengumuman di laman blognya bahawa dia sudah berkahwin dengan pemuda itu, Juon, 27. Juon merupakan penyanyi utama band rock Fuzzy Control.

"Saya mempunyai satu perkara untuk memberitahu anda pada hari ini. Saya telah berkahwin dengan Juon pada 8 Mac lalu," katanya di laman blog itu.

Yoshida masih popular terutama dalam kalangan peminat wanita di Jepun. Album kumpulan Dreams Come True dijual kira-kira 50 juta unit di seluruh dunia. Kumpulan itu ditubuhkan lebih dua dekad lalu.

Yoshida sebelum ini pernah mempunyai hubungan dengan seorang pengarah muzik video yang berakhir pada tahun 2007. Hubungan itu berakhir selepas pengarah muzik tersebut meninggal dunia akibat kanser semasa berusia 33 tahun. - AFP