Khamis, 8 Mac 2012

Siaran Langsung Konsert Terakhir Tokyo Jihen di Pawagam Jepun, Tokyo, Hong Kong, Taiwan & Singapura


Pada Januari lalu, Tokyo Jihen mengumumkan bahawa mereka akan bubar pada 29 Februari. Baru-baru ini, didedahkan konsert terakhir mereka akan disiarkan secara langsung dalam 107 buah pawagam di Jepun, bersama Hong Kong, Taiwan dan Singapura.

Tokyo Jihen ditubuhkan dan diketuai oleh Shiina Ringo pada tahun 2004 dan seperti kerjaya solo Shiina, kumpulan ini sangat popular di Jepun dan di luar negara.

Tiket untuk jelajah terakhir kumpulan ini semuanya dijual secara cabutan bertuah, tetapi disebabkan permintaan yang tinggi, mereka mengambil keputusan untuk menyiarkannya di pawagam seluruh Jepun dan beberapa bandar di Asia.