Tokyo Marathon 2012 berlangsung pada 26 Februari yang lalu. Micheal Kipyego dari Kenya telah muncul sebagai juara dengan mencatat masa 2:07:37, menewaskan peserta dari Jepun, Fujiwara Arata (2:07:48) dan peserta Uganda, Stephen Kiprotich (2:07:50). Juara tahun lalu, Hailu Mekonnen dari Ethopia tamat di tempat keempat dengan masa 2:08:17.
Seperti biasa, ramai selebriti Jepun turut mengambil bahagian dalam perlumbaan ini. Pelawak Uno Kentaro daripada pasangan Genkis menamatkan perlumbaan dengan masa terpantas di kalangan mereka iaitu 2:38:19.
Namun, dia gagal memperbaiki rekod peribadinya 2:37:05 yang dicatatkan ketika Osaka Marathon musim luruh yang lalu.
Uno sentiasa berharap untuk menewaskan masa pelawak Neko Hiroshi yang dicatat pada tahun 2011 iaitu 2:30:26 sebagai masa terpantas bagi selebriti Jepun didalam Tokyo Marathon. Sementara itu, Nishitani Ayako adalah selebriti perempuan pertama yang mencatatkan masa 3:02:25.