Sebelum ini telah diumumkan bahawa TM Network akan membuat persembahan semula untuk satu majlis amal pada 20 Mac. Kumpulan ini telah mendedahkan rancangan untuk dua konsert di Nippon Budokan dan single terbaru yang menandakan kepulangan mereka ke dunia muzik.
TM Network menjadi tidak aktif sejak penahanan Komuro Tetsuya atas tuduhan penipuan pada tahun 2008. Komuro kembali ke dunia muzik pada tahun 2010, menulis single untuk AAA dan meneruskan aktiviti sebagai sebahagian daripada kumpulan Globe dan telah menerbitkan album solo pada tahun lalu.
Selain menjadualkan dua konsert pada 24 dan 25 April, single terbaru TM Network dijadualkan untuk pelancaran pada 25 April walau pun judulnya masih belum diumumkan.