Rabu, 28 Mac 2012

Kumpulan J-pop lawat sekolah di Washington

Washington - Sebuah kumpulan pop dari Jepun, AKB48 melawat sebuah sekolah rendah di sini kelmarin.

Tiga wanita yang menganggotai kumpulan itu berbual dan beramah mesra dengan para pelajar Sekolah Rendah John Thomson. Kumpulan tersebut dianggotai Rina Hirata, Aki Takajo dan Sae Miyazawa.

Mereka melawat ke AS bagi meraikan ulang tahun ke-100 pemberian 3 ribu pokok ceri yang diberikan sebagai hadian oleh seorang datuk bandar Tokyo kepada ibu negara AS itu. - Agensi

Khamis, 22 Mac 2012

Yoshida Kahwin Lelaki Muda


Tokyo - Seorang penyanyi pop terkenal Jepun, Miwa Yoshida (gambar atas) menyatakan semalam dia telah berkahwin dengan seorang pemuda yang 20 tahun lebih muda daripadanya.

Yoshida, 46, penyanyi utama kumpulan Dreams Come True membuat pengumuman di laman blognya bahawa dia sudah berkahwin dengan pemuda itu, Juon, 27. Juon merupakan penyanyi utama band rock Fuzzy Control.

"Saya mempunyai satu perkara untuk memberitahu anda pada hari ini. Saya telah berkahwin dengan Juon pada 8 Mac lalu," katanya di laman blog itu.

Yoshida masih popular terutama dalam kalangan peminat wanita di Jepun. Album kumpulan Dreams Come True dijual kira-kira 50 juta unit di seluruh dunia. Kumpulan itu ditubuhkan lebih dua dekad lalu.

Yoshida sebelum ini pernah mempunyai hubungan dengan seorang pengarah muzik video yang berakhir pada tahun 2007. Hubungan itu berakhir selepas pengarah muzik tersebut meninggal dunia akibat kanser semasa berusia 33 tahun. - AFP

Uehara Takako Buka Blog Rasmi Ameba

Pada 6 Mac, ahli SPEED, Uehara Takako membuka sebuah blog rasmi Ameba. 

Menurut kemasukan blognya, Uehara mengambil keputusan untuk membuka blog rasminya selepas mula berhubung dengan orang ramai melalui Twitter dan juga berkata akan mengemas kini dengan kerap tentang aktiviti harian dirinya, makanan dan macam-macam lagi.

Graduasi Ono Haruka Dari SKE48

Sewaktu konsert SKE48 di Nagoya pada 4 Mac, ahli Team S, Ono Haruka mengumumkan bahawa dia akan 'tamat pengajian' dari kumpulan ini.

Ono menjelaskan dia pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan SKE48 pada 1 atau 2 tahun yang lalu, kemudian menetapkan untuk terus berada dalam kumpulan ini. Dia akan tarik diri secara rasminya pada hujung bulan ini.

Ono menyertai SKE48 pada tahun 2008 sebagai ahli generasi pertama dan kemudian dimasukkan ke Team S. Pada November tahun lalu, dia akhirnya menjadi sebahagian daripada ahli Senbatsu untuk single ke-7 kumpulan ini.

Ono menjelaskan dia akan 'berjalan pada haluan berbeza dengan SKE48', namun tidak menjelaskan rancangan masa depannya.

Konishi Ayo Meneruskan Aktivitinya

Ahli Tokyo Girl's Style, Konishi Ayo telah meneruskan aktivitinya pada 6 Mac. Pada bulan Februari, tulang kaki kirinya telah retak dan terpaksa berehat daripada aktiviti kumpulan ini.

Konishi akan muncul kembali pada sebuah acara untuk kumpulan ini di Yokohama Blitz. Namun, dia hanya mengambil bahagian dalam nyanyian dan tidak menari bersama ahli-ahli lain.

Rabu, 21 Mac 2012

Tali Biola Guna Sutera Labah-labah


Tokyo: Tali biola daripada sutera labah-labah yang lazimnya digunakan membuat sarang didakwa mampu menghasilkan bunyi yang lebih indah jika dimainkan oleh pemuzik yang mahir, kata seorang saintis yang berjaya mencipta tali berkenaan.

Ribuan helaian halus yang ditenun bersama untuk menghasilkan tali yang kuat tetapi fleksibel menjadikan alat muzik sempurna, kata Profesor Kimia Polimer di Universiti Perubatan Nara, Shigeyoshi Osaki.

Osaki yang mempunyai pengalaman mengkaji sutera labah-labah selama lebih 35 tahun, sebelum ini mencadangkan bahan itu boleh digunakan untuk jahitan pembedahan atau jaket kalis peluru tetapi minatnya dalam biola menjadi inspirasi untuk mencipta sesuatu bagi alat muzik itu.

Dalam proses tenunan benang, bentuknya berubah daripada silinder kepada poligon, yang bermakna ia sesuai bersama dan lebih baik, kata Osaki.

"Ketika pembentangan benang biasa, banyak ruang antara gentian. Apa yang kita dapati tiada ruang antara filamen. Ia menjadikan tali itu lebih kuat. Ini semua boleh digunakan dalam peralatan harian kita," katanya sambil menambah 300 labah-labah betina jenis Nephila Maculata menyediakannya bahan mentah itu.

Kekuatan dan ketahanan sutera labah-labah bukanlah penemuan baru, dengan kajian sebelum ini menunjukkan ia boleh tahan suhu tinggi dan kesan cahaya ultra ungu.

Osaki pernah mengeluarkan putaran tali dari sutera labah-labah yang katanya secara teori boleh menampung 600 kilogram beratnya.

Kini, dengan penciptaan terbarunya yang memberikan kegembiraan kepada pemuzik, yang memuji kualiti nyaring biola dari sutera labah-labah bagi nada lembut dan mendalam.

"Pemain biola profesional akan dapat membezakan sama ada tali itu adalah Stradivarius atau ciptaan Osaki yang berharga AS$1,200 (RM3,622)," katanya.

"Ia adalah sesuatu untuk menghasilkan bahan saintifik yang bermakna, tetapi saya juga ingin menghasilkan sesuatu yang boleh diterima masyarakat," tambahnya.

Maklumat mengenai penyelidikan Osaki akan disiarkan dalam Physical Review, satu jurnal Persatuan Fizik Amerika.

Selasa, 20 Mac 2012

Okamoto Masuk Universiti

Okamoto Keito dilaporkan berjaya memasuki Universiti Sophia dibawah Fakulti Seni Liberal. Ahli Hey! Say! JUMP berusia 18 tahun itu dikatakan mendapat markah yang baik dalam peperiksaan Test of English as a Foreign Language (TOEFL) yang didudukinya.

Menurut Keito, dia selalu mengimpikan untuk memasuki Universiti Sophia kerana ia satu-satunya universiti yang menawarkan Inggeris sebagai bahasa utama untuk dipelajari.

Malah, ia juga sebuah universiti yang sukar untuk dimasuki.

"Saya ingin belajar Inggeris dan berminat dengan perniagaan antarabangsa," tambahnya.

Oguri Shun Dalam Doraemon

Oguri Shun dijadualkan muncul dalam siri animasi "Doraemon" pada penghujung Mac ini. Pelakon yang popular menerusi siri TV Hana Yori Dango itu juga akan menemui para peminatnya sekali lagi dengan watak yang sama dalam filem terbaru Doraemon bertajuk Doraemon The Movie: Nobita and the island of Miracles ~Animal Advanture~.

Menurut Shun, kedua-dua penampilannya itu akan menyaksikan dia menjadi idola terkemuka yang dikenali sebagai Amaguri Shun.

"Saya rasa akan terus melekat dengan watak ini lebih daripada sebelumnya," tambahnya.

Isnin, 19 Mac 2012

Uno Kentaro Selebriti Pertama Melengkapkan Tokyo Marathon

Tokyo Marathon 2012 berlangsung pada 26 Februari yang lalu. Micheal Kipyego dari Kenya telah muncul sebagai juara dengan mencatat masa 2:07:37, menewaskan peserta dari Jepun, Fujiwara Arata (2:07:48) dan peserta Uganda, Stephen Kiprotich (2:07:50). Juara tahun lalu, Hailu Mekonnen dari Ethopia tamat di tempat keempat dengan masa 2:08:17.

Seperti biasa, ramai selebriti Jepun turut mengambil bahagian dalam perlumbaan ini. Pelawak Uno Kentaro daripada pasangan Genkis menamatkan perlumbaan dengan masa terpantas di kalangan mereka iaitu 2:38:19.

Namun, dia gagal memperbaiki rekod peribadinya 2:37:05 yang dicatatkan ketika Osaka Marathon musim luruh yang lalu. 

Uno sentiasa berharap untuk menewaskan masa pelawak Neko Hiroshi yang dicatat pada tahun 2011 iaitu 2:30:26 sebagai masa terpantas bagi selebriti Jepun didalam Tokyo Marathon. Sementara itu, Nishitani Ayako adalah selebriti perempuan pertama yang mencatatkan masa 3:02:25.

Permulaan Semula TM Network


Sebelum ini telah diumumkan bahawa TM Network akan membuat persembahan semula untuk satu majlis amal pada 20 Mac. Kumpulan ini telah mendedahkan rancangan untuk dua konsert di Nippon Budokan dan single terbaru yang menandakan kepulangan mereka ke dunia muzik.

TM Network menjadi tidak aktif sejak penahanan Komuro Tetsuya atas tuduhan penipuan pada tahun 2008. Komuro kembali ke dunia muzik pada tahun 2010, menulis single untuk AAA dan meneruskan  aktiviti sebagai sebahagian daripada kumpulan Globe dan telah menerbitkan album solo pada tahun lalu.

Selain menjadualkan dua konsert pada 24 dan 25 April, single terbaru TM Network dijadualkan untuk pelancaran pada 25 April walau pun judulnya masih belum diumumkan.

Isnin, 12 Mac 2012

Peluang Melihat Ombak Pusar di Jepun


Taman Naruto - Cuaca baik pada musim bunga digunakan oleh penduduk tempatan dan pelancong asing untuk melihat ombak pusar di Jepun.

Orang ramai menaiki bot-bot pelancong yang membawa mereka hampir dengan ombak pusar berkenaan.

Keajaiban alam itu boleh disaksikan di perairan Selat Naruto yang terletak di antara Pulau Shikoku dan Pulau Awaji, selatan Jepun.

Ombak pusar yang berlaku semasa air pasang dan surut di sini memiliki diameter lebih 20 meter dan dipercayai yang terbesar di dunia.

Fenomena tersebut berlaku akibat ketinggian berbeza air laut ketika pasang dan surut. - Agensi

Khamis, 8 Mac 2012

Siaran Langsung Konsert Terakhir Tokyo Jihen di Pawagam Jepun, Tokyo, Hong Kong, Taiwan & Singapura


Pada Januari lalu, Tokyo Jihen mengumumkan bahawa mereka akan bubar pada 29 Februari. Baru-baru ini, didedahkan konsert terakhir mereka akan disiarkan secara langsung dalam 107 buah pawagam di Jepun, bersama Hong Kong, Taiwan dan Singapura.

Tokyo Jihen ditubuhkan dan diketuai oleh Shiina Ringo pada tahun 2004 dan seperti kerjaya solo Shiina, kumpulan ini sangat popular di Jepun dan di luar negara.

Tiket untuk jelajah terakhir kumpulan ini semuanya dijual secara cabutan bertuah, tetapi disebabkan permintaan yang tinggi, mereka mengambil keputusan untuk menyiarkannya di pawagam seluruh Jepun dan beberapa bandar di Asia.