Rabu, 30 September 2009

Peranti mobiliti peribadi


Syarikat permotoran, Honda Motor Co. baru-baru ini telah mempertontonkan peranti mobiliti peribadi terbarunya yang dinamakan U3-X. Peranti berbentuk kenderaan itu telah didedahkan kepada umum pada satu majlis di ibu pejabat syarikat tersebut di Tokyo, Jepun.


U3-X dilengkapi dengan sistem pemanduan omni-directional. Dengan itu, ia boleh melaraskan kelajuan dan pergerakan untuk mengubah haluan dan berhenti pada kesemua arah.

Mempunyai ketinggian 65 sentimeter, kenderaan dengan bateri binaan dalaman itu mempunyai berat kurang daripada 10 kilogram. Ia boleh dipandu dalam tempoh satu jam dengan kelajuan maksimum 6 kilometer (km) sejam dengan cas bateri selama satu jam setengah.

Tiada ulasan: