Rabu, 9 September 2009

Pemain Bass Versailles Meninggal Dunia


Dipetik dari Komik Remaja 1 September 2009


Jasmine You (kiri), pemain bass band visual rock, Versailles telah meninggal dunia. Kematiannya telah diumumkan di dalam web pengurusan kumpulan itu pada lewat malam 9 Ogos, tetapi tiada maklumat lebih teliti yang diberikan.

Versailles terdiri daripada Jasmine, Kamijo (vokalis) dan Hizaki (gitaris) telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan kemudian disertai oleh Teru (gitaris) dan Yuki (drammer). Melalui video yang ditayangkan di dalam web You Tube dan Myspace,mereka telah membentuk peminat di Amerika sebelum mendapat kejayaan di tanahair sendiri.

Mereka telah membuat kemunculan label utama dengan single kelima berjudul Ascendead Master pada bulan Jun yang lalu tetapi telah menangguh aktiviti promosi disebabkan masalah kesihatan Jasmine. Warner Music Japan masih belum berkata apa-apa tentang bagaimana kematian Jasmine akan memberi kesan kesan kepada album kumpulan tersebut yang bakal dilancarkan pada bulan September.

Disebabkan konflik penggunaan nama kumpulan ini, mereka dikenali sebagai Versailles Philharmonic Quintet di Amerika Syarikat.

Tiada ulasan: