Khamis, 17 September 2009

Kartunis Popular Jepun Hilang

Dipetik dari KOSMO! Khamis 17 Sept-09

TOKYO – Seorang kartunis komik manga dan siri animasi popular Jepun, Crayon Shin-chan, Yoshito Usui dipercayai hilang setelah menyertai satu aktiviti mendaki sebuah gunung, kata polis semalam.

Seorang pegawai polis tempatan berkata, kartunis yang berusia 51 tahun itu dipercayai keluar dari rumahnya di utara Tokyo pada hari Jumaat lalu dan menyertai aktiviti mendaki gunung Gunma selama sehari.

Namun, kehilangan Usui mula disedari setelah beberapa panggilan telefon miliknya tidak dijawab oleh kartunis itu.

Menurut pegawai tersebut, anggota polis telah dikerah untuk mencari kartunis yang hilang itu di kawasan pergunungan yang didakinya. - AFP


Tiada ulasan: