Rabu, 30 September 2009

Katil Robotik


Syarikat elektronik gergasi Jepun, Panasonic baru-baru ini telah mendedahkan ciptaan terbaru mereka iaitu katil robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda.


Katil robotik yang boleh berubah daripada katil kepada kerusi roda itu telah didedahkan menerusi foto. Ia membolehkan pengguna tetap berasa di atas katil atau kerusi roda ketika transformasi berlaku.

Ia membuatkan kehidupan manusia lebih mudah terutamanya bagi warga emas dan orang kurang upaya. Jepun merupakan salah sebuah negara yang memiliki populasi warga tua terbesar.

Tiada ulasan: