Rabu, 25 Jun 2014

Perdana Menteri Abe Singgah Pameran Evangelion Di Paris

Perdana Menteri Shinzo Abe telah meluangkan masa melawat Pameran Evangelion dan Pedang Jepun yang berlangsung di Institut Budaya Jepun di Perancis.
 
Abe yang teruja dengan penyebaran budaya Jepun telah berkata kepada wartawan: “Anime sangat terkenal di Perancis. Ia menunjukkan kekuatan Jepun dan kesan positif untuk pertumbuhan.”
 
Pameran Evangelion akan turut mempamerkan replika Spear of Longinus sepanjang 3 meter. Begitu juga dengan bilah pedang yang bertemakan Evangelion. Pameran di Paris ini akan diteruskan sehingga 21 Jun sebelum berlangsung di Muzium ABC Madrid bermula 5 Julai sehingga 28 September.
 
Perancis merupakan salah satu daripada enam negara yang bakal Abe lawati didalam lawatannya di Eropah.