Softbank, salah satu pembekal perkhidmatan telekomunikasi utama di Jepun akan mula menjual robot berupa manusia pada awal tahun depan.
Robot berkenaan adalah ciptaan sebuah syarikat robotik Perancis dimana Softbank memiliki sebilangan besar sahamnya.
Diberi nama Pepper dan berketinggian 120 cm serta seberat 28 kg, ia boleh melakukan perbualan ringkas dengan manusia melalui analisasi terhadap ekspresi muka dan suara. Ia juga bersambung kepada internet maka mampu menjawab soalan tentang ramalan cuaca dan beberapa subjek yang lain.
Pada peringkat awal, robot ini akan digunakan sebagai staff di kedai-kedai Softbank sebelum jualan kepada orang awam dibuka pada Februari 2015 dengan harga 198 ribu Yen (-/+RM 6,240)