Pada 9 Mei, sepasang suami isteri di Ofunato, Wilayah Iwate bertemu semula
dengan kucing kesayangan mereka yang hilang selama 3 tahun dalam tragedi
tsunami 11 Mac 2011. Yamagishi Takeo dan isterinya, Kazuko begitu gembira dapat
bersama semula dengan Suika, si manja mereka.
Pada hari tsunami melanda, pasangan Yamagishi tidak berada di rumah mereka.
Selepas bencana berlaku, mereka pulang ke rumah dan mendapati Suika telah
hilang.
Beberapa bulan kemudian, apabila tibanya musim panas, mereka percayai
bahawa kucing itu telah mati dan Takeo merobohkan rumah kecil yang dibina untuk
si manja mereka.
Tiga tahun telah berlalu, pada 10 April ini, seekor kucing hitam ditemui di
kawasan Hutan Rikuzentaka yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah
Yamagishi. Ia kemudiannya dihantar ke pusat jagaan haiwan.
Disebabkan ia memakai rantai leher dan mesra dengan orang, para petugas
pusat berpendapat bahawa ia mesti mempunyai pemelihara dan menunggu laporan kes
kehilangan kucing. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah kucing tersebut
telah hilang selama 3 tahun.
Setelah menunggu satu bulan, pihak pusat jagaan haiwan membuat keputusan
mengambil gambar kucing tersebut dan menyiarkannya di akhbar tempatan. Pada
masa itulah petugas menemui nama keluarga Yamagishi dan nombor telefon pada
rantai leher kucing itu.
Akhirnya, mereka menghubungi pasangan Yamagishi dan Suika berjaya pulang ke sisi pemiliknya.