CAPCOM telah buat pengumuman akan meminjamkan
watak dari siri permainan video Sengoku Basara untuk menentang jenayah curi
kereta untuk wilayah Osaka, Kyoto dan Hyogo.
Watak Masamune Date sebelum ini pernah digunakan
di Osaka untuk kempen yang mengkhususkan kepada jenayah curi kereta pada April
2013.
Walau pun jenayah berkaitan curi kereta telah
menurun di kawasan ini, Osaka masih mempunyai kadar tertinggi kecurian
bahagian-bahagian kereta (8,356 kes pada tahun lalu) dan pecah masuk (13,442
kes pada tahun lalu).
CAPCOM kini bekerjasama dengan jabatan polis wilayah untuk menentang jenayah dengan menggunakan watak Sanada Yukimura, Maeda Keiji dan Kuroda Kanbee. Pejuang zaman Sengoku ini bakal muncul pada 10 ribu helai poster dan 250 ribu iklan akan diedarkan kepada tapak jualan kereta.