Selasa, 18 Mac 2014

Animate Cafe Nagoya Dibuka Dengan Tema Free!


Animate Café akan membuka kafe baru di Bandar Nagoya dan sebagai pembukaan kafe, mereka akan menggunakan tema salah satu anime yang paling popular pada tahun 2013 iaitu Free!

Menu makanan terdiri daripada pizza nenas, kek coklat dihidang dengan latte dan pankek Iwatobi-chan. Pizza dan kek berharga 880 yen (RM 28) setiap satu manakala pankek pula berharga 680 yen (RM 21).
Sekiranya anda ingin memesan bawa balik kedua-dua menu ini akan dicaj tambahan 500 yen (RM 16).
Menu minuman terdiri daripada 4 jenis yang berharga 500 yen (RM 16) setiap satu. Matsuoka Rin ialah campuran sirap strawberi dan soda dengan jeli merah dan beri biru. Hazuki Nagisa ialah campuran sirap mangga, soda dan dihidangkan dengan jeli kuning dan mangga beku.
Ryugasaki Rei ialah campuran jus beri dan soda. Nanase Haruka ialah Blue Caracao yang dihidangkan dengan jeli dan kompeito.
Produk sampingan percuma seperti poster, pengalas gelas dan fail akan diberikan dengan setiap pembelian menu tersebut.
 
Animate Cafe Nagoya dibuka secara rasminya pada 28 Februari lalu. Dari stesen Nagoya mengambil masa 9 minit dan 3 minit dari cawangan Animate Nagoya ke Animate Cafe Nagoya. Menu yang bertemakan Free! ini dilancarkan sehingga 13 April 2014.