Isu terkini tabloid Shukan Bunshun melaporkan bahawa Kimura Takuya telah ditangkap melanggar had laju pada September tahun lalu.
Agensi pengurusannya, Johnny's Jimusho mengeluarkan kenyataan umum menjelaskan Kimura melanggar had laju sebanyak dua kali pada September dan pada Januari tahun ini.
Menurut kenyataan tersebut, Kimura ditangkap melanggar had laju di sebuah lebuh raya di Chiba pada September lalu. Pada Januari pula, dia melakukannya di Tokyo.
Dalam kedua-dua kejadian ini, dia memandu 20 km/j melebihi had laju dan dia telah membayar saman kedua-dua kes. Pihak agensi berkata, "Kimura amat kesal kerana melakukan perkara yang memalukan itu dan dia bertekad agar perkara ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang."