Jumaat, 20 April 2012

Poster Rekrut Askar Baru Inspirasi Anime Untuk 2012

Pangkalan Tokushima, sebuah pangkalan Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) telah mendedahkan poster bergaya anime yang akan digunakan untuk rekrut askar baru pada tahun ini.

Kisah disebalik poster ini adalah seorang gadis yang sedang melihat laporan berita di TV yang menunjukkan tentang teman lelakinya, salah seorang daripada tentera JSDF yang sedang terlibat di dalam operasi menyelamat.

Dia menghantar e-mail dan menyatakan teman lelakinya kelihatan tiga kali lebih hebat ketika lengkap berpakaian seragam.

Pangkalan Tokushima telah menggunakan poster inspirasi anime sejak tahun 2010. Poster tahun 2010 dihasilkan oleh studio anime Ufotable manakala poster tahun 2011 pula dihasilkan oleh kakitangan JSDF dengan menampilkan tentera wanita JSDF lengkap berpakaian seragam tentera darat, laut dan udara.

Khamis, 12 April 2012

Ramen Berapi


Apa maksudnya "ramen berapi"? Tambahkan serbuk lada? Atau campakkan cili habanero ke dalamnya? Di Kyoto, sebuah kedai ramen menampilkan sesuatu yang luar biasa benar-benar menyalakan api di hidangan mi daun bawang mereka!

Sebelum anda menikmati ramen di Men Baka Ichidai, tauke kedai akan memberi nasihat kepada para pelanggan dengan empat peraturan untuk diikut. Jika anda gagal mematuhi empat peraturan ini, anda akan dimarah oleh tauke!

1. Dilarang mengambil gambar ketika minyak dituangkan ke dalam mangkuk

2. Duduk diam dan jangan melarikan diri ketika minyak dituangkan ke dalam mangkuk

3. Dilarang sentuh mangkuk selepas minyak dituangkan ke dalam mangkuk

4. Jangan tanggalkan apron kertas sebelum menghabiskan ramen anda

7-11 Bergerak

Kedai serbaneka mudah alih yang menarik telah diperkenalkan oleh 7Eleven Jepun di Sapporo, Hokkaido. Trak kompak ini membawa 150 jenis barang dan diperkenalkan untuk memenuhi keperluan orang tua di kawasan itu.

Kini, golongan warga emas tidak perlu meninggalkan rumah mereka dan berjalan jauh untuk membeli barang keperluan harian.

(Sebenarnya, perniagaan kedai serbaneka mudah alih sebegini dah lama dijalankan di Malaysia terutama di pasar malam dan di hadapan sekolah setiap kali habis waktu pembelajaran)

Isnin, 9 April 2012

Toshiba Asalnya nama Timangan

Toshiba Corporation adalah sebuah konglomerat multinasional dari Jepun yang berpangkalan di Tokyo. Perniagaan utama yang dikendalikan adalah infrastruktur, produk pengguna, peralatan dan peranti peralatan elektronik.

Pada 2009, Toshiba muncul sebagai pengeluar produk komputer peribadi kelima terbesar dunia iaitu selepas Hewlett-Packet (HP) dan DELL dari Amerika Syarikat, Acer dari Taiwan dan Lenovo dari China.

Toshiba menyediakan pelbagai aktiviti pengilangan dan pemasaran menerusi produk elektronik, perkakasan dan sistem komunikasi; perkhidmatan sistem penyelesaian internet; perkakasan elektronik; sistem kuasa dan sistem infrastruktur perkakasan rumah.

Sejarah penubuhan Toshiba bermula pada 1939 menerusi penggabungan dua syarikat pertama Jepun yang membekalkan peralatan telegraf dan telah diasaskan oleh Hisashige Tanaka (gambar atas) pada 1875.

Dalam 1904, namanya telah ditukar kepada Shibaura Seisakusho. Menjelang suku pertama abad ke 20, Shibaura Seisakusho muncul sebagai pengeluar utama mesin elektronik berat di Jepun.

Sementara itu, Hakunetsusha yang ditubuhkan pada 1890 adalah syarikat Jepun pertama yang mengeluarkan lampu pijar elektrik. Sekitar 1899, syarikat melakukan penjenamaan semula dengan menggunakan nama Tokyo Denki yang bermaksud Elektrik Tokyo.

Penggabungan kedua-dua syarikat ini telah mencipta nama baru iaitu Tokyo Shibaura Denki. Tidak lama selepas itu, syarikat giat mengeluarkan pelbagai produk menggunakan nama timangan syarikat iaitu Toshiba. Namun, menjelang 1978, syarikat telah menggunakan nama timangan tersebut secara rasmi dan telah didaftarkan semula sebagai Toshiba Corporation.

Rabu, 4 April 2012

Kimura Takuya Ditangkap Melanggar Had Laju Dua Kali

Isu terkini tabloid Shukan Bunshun melaporkan bahawa Kimura Takuya telah ditangkap melanggar had laju pada September tahun lalu. 

Agensi pengurusannya, Johnny's Jimusho mengeluarkan kenyataan umum menjelaskan Kimura melanggar had laju sebanyak dua kali pada September dan pada Januari tahun ini.

Menurut kenyataan tersebut, Kimura ditangkap melanggar had laju di sebuah lebuh raya di Chiba pada September lalu. Pada Januari pula, dia melakukannya di Tokyo.

Dalam kedua-dua kejadian ini, dia memandu 20 km/j melebihi had laju dan dia telah membayar saman kedua-dua kes. Pihak agensi berkata, "Kimura amat kesal kerana melakukan perkara yang memalukan itu dan dia bertekad agar perkara ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang."

Sayaka Bakal Meninggalkan Dream


Yamamoto Sayaka (kiri anda) telah meninggalkan kumpulan Dream pada 31 Mac lalu. Dia menjelakan bahawa dia ingin mengejar impian baru. Walau pun tidak menjelaskan dengan teliti apakah rancangan masa depannya, dia seolah-olah ingin mengejar kerjaya solo.

Sayaka menyertai Dream pada tahun 2002 apabila kumpulan itu menambahkan lagi enam orang ahli. Dia terkenal dengan bakat suaranya, dan pada tahun 2005 dia pernah membuat kemunculan solo menggunakan namanya sendiri. Dengan pemergian Sayaka, Dream akan menjadi empat orang ahli.

Kumpulan ini pada asalnya terdiri daripada tiga ahli sewaktu ditubuhkan pada tahun 1999 dan menajdi seramai lapan ahli dari tahun 2002 hingga 2004.

Koda Kumi Muncul Dalam Blog Hoshino Aki

Koda Kumi yang mengandungkan anak pertamanya muncul dalam keadaan sihat di dalam blog Hoshino Aki ketika menghadiri "parti ibu".

Kumpulan ibu dan bakal ibu tersebut mengadakan majlis makan tengah hari di rumah Kanda Uno. Kanda baru-baru ini menyambut kelahiran anak pertamanya pada Oktober yang lalu.

Ahli-ahli parti tersebut adalah Kanda Uno, Hoshino Aki, Nakanishi Mona dan Koda Kumi. Kanda dan wanita lain membincangkan soalan serta masalah ketika menjadi ibu. Koda Kumi dijangka melahirkan anaknya pada musim panas ini.


Selasa, 3 April 2012

Rias Cara Gadis Jepun

Bulu mata palsu

Lebih daripada sedekad, gadis Jepun suka tampil cantik dengan melakukan teknik penyambungan bulu mata, rambut dan kuku tangan. Mereka sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk kesempurnaan diri. "Biasanya teknik sambung bulu mata mencecah US$100 (RM306). Tetapi mereka tidak kisah kerana hasilnya memukau," jelas pemilik salon Yuuki Takahashim, Kurata yang beroperasi di Harajuku.

Stail rambut pelbagai

Trend mencuba pelbagai stail rambut juga dikatakan popular dalam kalangan gadis Jepun. Bukan saja dari segi potongan dan rawatan, malah mereka turut gemar mewarna rambut dengan palet warna terang.

Rias kuku

Pada hujung minggu mereka akan meluangkan masa mengunjungi salon rawatan kuku untuk melakukan manicure seperti mengilat, memotong dan mengecat kuku dengan bermacam-macam corak serta warna.

Harajuku

Gadis Jepun juga terkenal dengan imej Harajuku. Mereka akan berkumpul di beberapa daerah tertentu dengan menyarungkan pakaian pelik dan unik. Tanpa segan silu mereka menggayakan busana yang 'tidak kena gaya' atau meniru kostum anime kesukaan.

Isnin, 2 April 2012

Ikebana

  • Merupakan seni gubahan flora dari Jepun yang tidak hanya memfokus kepada kecantikan bunga semata-mata
  • Ikebana merupakan seni menggubah batang, daun dan bunga dalam bekas unik
  • 'Ike' bermaksud gubahan dan 'bana' bermaksud bunga
  • Antara teknik gubahan biasa ikebana adalah rikka (bunga berdiri), seika atau shoka ( bunga hidup) dan nageire (bunga seperti di awangan) dan moribana (gubahan bunga tinggi) yang menggunakan bekas seperti pinggan
  • Mengaplikasikan dahan, daun, malah rumput dan pelbagai tumbuhan lain pada bekas bunga yang unik untuk menghasilkan gubahan yang sempurna
  • Ikebana boleh dijadikan cenderamata istimewa untuk diberikan kepada rakan atau saudara-mara
  • Seni budaya gubahan ikebana berusia lebih tujuh abad
  • Ikebana dipercayai mula digunakan dalam majlis keagamaan sebelum dikomersilkan
  • Penggubah ikebana bebas menggunakan kreativiti tersendiri dalam proses gubahan namun mereka juga perlu mematuhi peraturan yang ada