London - Pemandu pasukan Sauber, Kamui Kobayashi mencipta kejutan apabila mencatat masa terpantas pada hari terakhir ujian pra musim Formula Satu (F1) di Litar Cataluya, Barcelona semalam.
Pemandu kelahiran Jepun itu merakamkan catatan satu minit 22.312 saat sepusingan pada sesi sebelah pagi sebelum menumpukan latihan pemanduan jarak jauh pada sesi kedua di sebelah petang. Secara keseluruhannya, Kobayashi melakukan 145 pusingan.
"Catatan terpantas ini merupakan keputusan positif keseluruhan tetapi ia tidak memberi sebarang makna kerana akan ada perbezaan antara rekod pada sesi ujian dan perlumbaan sebenar. Setiap pasukan mempunyai program latihan tersendiri dan semestinya akan ada peningkatan bagi setiap pasukan," kata ketua jurutera Sauber, Giampaolo Dall' Ara.