Promosi album
Shy Boy sudah pun tamat pada bulan lepas dan kini kumpulan Secret punya satu
lagi sasaran.
Selain
persediaan untuk bergerak dengan aktiviti solo, Secret yang dinaungi oleh
Zinger, Han Sunhwa, Song Ji-eun dan Jun Hyosung kini sibuk dengan persiapan
mempelajari bahasa Jepun.
Menurut
Hyosung, kesemua mereka sibuk mempersiapkan bahasa itu demi memajukan karier
mereka di negara matahari terbit itu.
“Setakat ini
kami dapati ada progres yang cukup baik dan ternyata mempelajari bahasa Jepun
adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ini semua pun untuk perancangan masa depan
kami di luar negara. Jepun adalah antara negara yang wajib kami terjah untuk
pasaran album akan datang.” Katanya.