Selasa, 8 Mac 2011

Album Solo Pertama Komuro Tetsuya Dalam 22 Tahun



Ahli muzik dan produser terkenal, Komuro Tetsuya telah mengumumkan bahawa album solonya dijadualkan untuk dilancarkan pada 23 Mac.

Berjudul Digitalian is Eating Breakfast 2, ia merupakan CD pertama Komuro dengan namanya sendiri sejak Digitalian is Eating Breakfast pada tahun 1989. Album ini akan menampilkan kerjasama dengan Hidaka Mitsushiro (AAA), Urata Naoya (AAA), Zebra dan Sakamoto Miu.

Ia turut disertakan bersama lagu Thx A Lot yang digunakan sebagai lagu tema jelajah A-nation Avex pada tahun lalu, dengan menampilkan Hamasaki Ayumi, TRF, Hitomi, Every Little Thing, Do As Infinity, Koda Kumi, Otsuka Ai, Suzuki Ami, AAA, Girl Next Door dan Iconiq.