Selasa, 8 Mac 2011

Nishino Kana Mencecah 25 juta Muat Turun



Nishino Kana yang kadang kala digelar “ratu chaku-uta” telah mencapai rekod yang sangat mengagumkan. Sejak kemunculannya, lagu-lagu Nishino telah dimuat turun secara sah sebanyak 25 juta kali dalam pelbagai format, daripada nada dering chaku-uta untuk telefon bimbit sehinggalah lagu penuh untuk PC.

Nishino membuat kemunculan sulungnya pada Februari 2008 dan secara purata, lagunya dimuat turun sebanyak 23 ribu kali sehari, walau pun kebanyakan muat turun dibuat pada tahun lalu.

Nishihno turut mengumumkan bahawa dia akan membuat persembahan Nippon Budokan pertamanya pada 8 September sebagai persembahan terakhir jelajah 16 bandar yang bermula pada 29 Julai.