Rabu, 18 November 2009

Kato Natsuki dalam kes penipuan wang


Dipetik dari Arena Komik 5 November 2009

Kato Natsuki yang membintangi Hana Yori Dango 2 sebagai tunang Domyouji, telah hadir di mahkamah bagi menyaman bekas pengurus yang juga bekas teman lelakinya, Yoshida Takuro.

Yoshida dikatakan telah menipu Kato sebanyak 30 juta yen dari Mei 2006 hingga Februari tahun ini.

Menurut laporan, Yoshida menggunakan alasan mewujudkan akaun simpanan atas nama Kato dan memintanya memasukkan 100 ribu yen setiap bulan. Namun, wang itu sebenarnya dihabiskan pada mesin pachinko dan kelab-kelab.

Walaupun Kato yang berusia 24 tahun, beberapa kali cuba memutuskan hubungan itu, namun mereka berdua tidak pernah berpisah secara rasmi.

Keadaan ini berterusan sehinggalah Kato bertemu dengan presiden agensinya pada Februari lalu dimana Yoshida mengakui yang dia telah mencuri wang Kato dan mengugut untuk mendedahkan foto peribadi serta surat bertulis tangan Kato.

Akhirnya, Kato mengambil keputusan bukan sahaja menyaman Yoshida, malah kedua ibu bapa lelaki berkenaan. Buat masa ini agensi Kato turut menimbangkan untuk menambah dakwaan jenayah lain.

Tiada ulasan: