Selasa, 27 Oktober 2009

Pelakon terkenal Jepun mengaku miliki dadah



Dipetik dari KOSMO! 27 Oktober 2009

Tokyo: Lebih 6 ribu peminat pelakon terkenal Jepun, Noriko Sakai berhimpun di luar sebuah mahkamah di sini bagi mendengar pengakuan bersalah aktres berhubung pemilikan dadah semalam.

Pendakwa raya meminta Sakai, 38, dijatuhi hukuman penjara satu setengah tahun selepas dia didapati memiliki dadah amphetamines pada Julai lalu di Pulau Amami Oshima.

Beberapa penyiasat turut menemui sejumlah kecil dadah di kondominium miliknya di Tokyo.

Sakai ditangkap selepas dia menyerah diri kepada pihak berkuasa.

“Suami saya menggalakkan saya menggunakan (dadah) tetapi (menggunakan dadah) ialah keputusan saya sendiri. Ia satu perbuatan yang bodoh,” kata Sakai.

Selepas 41 hari ditahan, Sakai dibebaskan pada bulan lalu dengan ikat jamin berjumlah AS$55 ribu (RM185,764).

Menurut seorang pegawai mahkamah, hukuman dijangkakan akan diputuskan pada 9 November depan. – AP


Tiada ulasan: