Khamis, 20 Ogos 2009

SIAPAKAH GESTAPO?

Oleh: Merkia Sejak kes pergelutan antara anggota SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan Pembantu Khas kepada Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan Selangor, Wong Chuan How, pelbagai reaksi yang didengari dari kalangan rakyat Malaysia. Paling teruk, golongan kiri (anjing dan babi belaan DAP) menuduh SPRM menjalankan tugas seperti GESTAPO. Ramai tertanya-tanya, apa itu GESTAPO? GESTAPO berasal daripada perkataan “GEheime STAatsPOlizei” (polis rahsia negara) yang bertindak sebagai jabatan khas negara Jerman. Lebih kurang seperti organisasi moden Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat. Bertujuan untuk membendung pergolakan politik dalaman di kalangan orang kuat Adolf Hitler (atas kiri) pada tahun 1934. Ia dibawah naungan kuasa tentera rejim Nazi (Schutzstaffel-SS). Gestapo dipimpin oleh Heinrich Himmler (tengah) dan beliau telah berjaya meluaskan kuasanya hingga pelusuk Eropah ketika perang dunia kedua. Beliau dibantu oleh seorang lagi orang kuat Hitler dalam Gestapo iaitu Reinhard Heydrich (bawah kiri). Jumlah kekuatannya dianggarkan seramai 40 ribu anggota yang terdiri dari pasukan pegawai elit khas rejim Nazi (termasuklah tukang seksa dan tukang gantung tahanan). Gestapo diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti penyiasatan, intipan, menjatuhkan hukuman serta operasi ketenteraan. Antaranya ialah menahan pengintip musuh, menumpaskan perbuatan sabotaj, menghalang cubaan memberontak dan juga jenayah terancang yang boleh menggugat pemerintahan rejim Nazi Jerman. Pegawai Gestapo turut ditempatkan di kem-kem tahanan perang dan tahanan Yahudi sebagai langkah memantau perjalanan operasi di sana. Adakalanya kuasa yang Gestapo miliki agak terlampau dan ini tidak disenangi oleh beberapa pegawai tinggi tentera biasa yang lain. JENAYAH YANG PALING ‘FAMOUS’ Untuk rekod, Gestapo adalah organisasi yang diberi mandat untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap bangsa Yahudi. Beberapa bilik gas beracun dijumpai di pusat tahanan Yahudi untuk tujuan tersebut. Selain itu, Gestapo juga cukup terkenal dengan cara penyelesaian yang tersendiri untuk menjatuhkan hukuman dan kaedah seksaan yang bersifat melampau serta kurang ajar sehinggakan menyebabkan kematian dan kecacatan. BERAKHIRNYA ERA KEGELAPAN Tamat sudah perang dunia kedua, kesemua para pemimpin Gestapo dihadapkan ke tribunal jenayah perang Nuremberg pada 14 November 1945 di Jerman dan secara rasminya Gestapo dibubarkan. Pada tahun 1997, ibu pejabat Gestapo di Cologne, Jerman dijadikan pusat simpanan rekod bertulis perang dunia kedua. KESIMPULAN Amat pelik. Bila pihak berkuasa yang dianggotai oleh orang Melayu, mereka mengecopkan mereka sebagai orang yang zalim, Gestapo dan sebagainya. Setiap kali ketua mereka ditangkap, pastinya membuat kecaman tanpa batasan. Seolah-olah negara ini milik mutlak mereka. Adakah ia berunsurkan perkauman? Dan apa ayat ekstrim yang tersembunyi untuk disampaikan kepada orang Melayu? Saya berharap pihak berkuasa perlu membasmi anasir sebegini sebelum ia menjadi barah dan bernanah. So, lu pikirlah sendiri...!

Tiada ulasan: