Sabtu, 29 Ogos 2009

Manga My Girl Jadi Drama TV

Dipetik dari Komik Remaja Keluaran 21 Ogos 2009 Drama televisyen My Girl yang diadaptasi dari siri manga oleh Sahara Mizu telah mendapat lampu hijau untuk siaran perdana di Jepun pada Oktober ini. Aiba Masaki dari kumpulan Arashi akan membawakan watak Kazama Masamune, seorang lelaki berusia 23 tahun dan mempunyai kekasih tetapi telah meninggalkannya secara mengejut. Enam tahun kemudian, dia mendapat tahu bekas teman wanitanya telah meninggal dunia dan secara rahsia pernah mengandungkan anaknya yang kini telah berusia lima tahun. Dia perlu menjaga anak itu sekembalinya dia ke Jepun. Selain daripada siri ini, Sahara juga melukis untuk manga Same Cell Organism dan The Day I Become a Butterfly di bawah nama pena Yumeka Sumomo.

Tiada ulasan: