Sabtu, 29 Ogos 2009

Monkey Majik Buat Video Muzik untuk Lupin III



Dipetik dari Komik Remaja Keluaran 21 Ogos 2009

Kumpulan rock Jepun-Kanada, Monkey Majik (gambar) telah mencipta video muzik animasi yang menampilkan watak-watak dari francais manga dan anime Lupin III hasil Monkey Punch.

Watak-watak seperti Lupin, Jigen, Goemon dan Fujiko boleh dilihat di dalam video muzik yang memakan masa selama 187 saat ini.

Video muzik ini bertujuan untuk mempromosikan CD remix dan kulit album rasmi Lupin the Third Dance and Drive, dengan memaparkan remix lagu tema Lupin the Third. Fantastic Plastic Machine, DOUBLE dan Coldfeet adalah antara 14 kumpulan muzik yang menyumbang kepada pengeluaran CD ini.

Otsuka Yasuo iaitu pereka watak dan pengarah animasi bagi siri televisyen Lupin III yang pertama, Lupin III: The Castle of Cagliostro secara peribadinya telah melukis muka depan CD yang memperlihatkan aksi kejar-mengejar bagi edisi pertama yang terhad penghasilannya.

Tiada ulasan: