Isnin, 21 September 2015

Pengarah Attack On Titan Mengamuk?

Shinji Higuchi (gambar), pengarah untuk filem aksi sebenar Attack On Titan berdepan dengan kritikan disebabkan satu komen yang disiarkannya di Facebook.

Laman web untuk ulasan filem iaitu Cho Eigan Hihan telah memberikan mata untuk filem Attack On Titan sebanyak 40 dari 100 dan disebabkan ulasan ini, Higuchi membalas dengan:

"Saya berjaya! Saya bingung kalau pakar yang memuji saya, tetapi ini buatkan saya rasa lebih baik. Jadi, si dungu mana yang menjemput lelaki ini untuk tayangan perdana?"

Higuchi telah memohon maaf di laman sosial Twitter:

"Jika terdapat begitu banyak komen, saya berharap ia untuk perkara yang lebih baik. Saya benar-benar malu. Saya minta maaf kepada sesiapa yang terlibat atas gangguan ini."

Filem Attack On Titan telah ditayangkan pada 1 Ogos lalu dan penulis skripnya iaitu Tomohiro Machiyama telah memberi amaran kepada peminat kerana terdapat perubahan yang besar ke atas jalan cerita asal siri ini.