Isnin, 21 September 2015

Filem Aksi Sebenar Naruto Versi Hollywood?

Majalah industri hiburan Variety melaporkan bahawa Lionsgate (Hunger Games, Twilight, Divergent) sedang berunding dengan pengarah Micheal Gracey untuk mengadaptasi siri manga Naruto ke dalam filem aksi sebenar.

Studio tersebut telah bersetuju untuk mendapatkan hak cipta untuk siri manga popular bertemakan ninja karya Masashi Kishimoto. Avi Arad akan menerbitkan filem aksi sebenar ini melalui Studio Arad Production.

Pasti perasaan peminat setia Naruto bercampur-baur atas berita ini, kan?