Isnin, 21 September 2015

Pengarah Attack On Titan Mengamuk?

Shinji Higuchi (gambar), pengarah untuk filem aksi sebenar Attack On Titan berdepan dengan kritikan disebabkan satu komen yang disiarkannya di Facebook.

Laman web untuk ulasan filem iaitu Cho Eigan Hihan telah memberikan mata untuk filem Attack On Titan sebanyak 40 dari 100 dan disebabkan ulasan ini, Higuchi membalas dengan:

"Saya berjaya! Saya bingung kalau pakar yang memuji saya, tetapi ini buatkan saya rasa lebih baik. Jadi, si dungu mana yang menjemput lelaki ini untuk tayangan perdana?"

Higuchi telah memohon maaf di laman sosial Twitter:

"Jika terdapat begitu banyak komen, saya berharap ia untuk perkara yang lebih baik. Saya benar-benar malu. Saya minta maaf kepada sesiapa yang terlibat atas gangguan ini."

Filem Attack On Titan telah ditayangkan pada 1 Ogos lalu dan penulis skripnya iaitu Tomohiro Machiyama telah memberi amaran kepada peminat kerana terdapat perubahan yang besar ke atas jalan cerita asal siri ini.

Filem Aksi Sebenar Naruto Versi Hollywood?

Majalah industri hiburan Variety melaporkan bahawa Lionsgate (Hunger Games, Twilight, Divergent) sedang berunding dengan pengarah Micheal Gracey untuk mengadaptasi siri manga Naruto ke dalam filem aksi sebenar.

Studio tersebut telah bersetuju untuk mendapatkan hak cipta untuk siri manga popular bertemakan ninja karya Masashi Kishimoto. Avi Arad akan menerbitkan filem aksi sebenar ini melalui Studio Arad Production.

Pasti perasaan peminat setia Naruto bercampur-baur atas berita ini, kan?


Ahad, 6 September 2015

Bon Odori Festival, Saturday 5th September 2015

Sambutan Bon Odori pada 5 September 2015 semalam agak meriah bercampur suram sikit. Ini kerana hujan lebat melanda pada petang berkenaan. Setibanya di situ dalam pukul 7 malam, keadaan dah reda sikit. Tetapi hujan sambung kembali dalam pukul 8. Namun begitu, hanya rintik-rintik dengan kelajuan sederhana.

Harapan aku ke situ untuk mencari awek Jepun agak hampa. Pada masa yang sama, nak periksa kalau masih ada mat-mat Bangla turut menari hanya kerana nak mencari pasangan untuk dikacukkan. Nasib baik tahun ini mereka tak ada. Adakah mereka semua dah diangkut oleh pihak imigresen?

Road to heaven
Kipas tangan yang wajib disimpan

Samurai Malaya
Baru lepas hujan
Bumi dibasahi hujan
Reporter dari negara mana pula ni?
Mereka dah siap sedia
Perasmian akan bermula
Tak sure yang mana satu orang Jepun
Kita boleh kenal orang Jepun melalui cara pemakaian, perwatakan & kesopanannya yang semacam
Ini satu lagi
Otakurians was here also
Mascot yang kawaii
Hujan datang kembali tetapi tak renyai
Ramai yang berteduh
Bumi dibasahi hujan
Jangan kata akak tak payung pula
Menyesal tak minta nombor watsapp...!
Budak-budak Jepun lawan mercun
Lawan mercun dengan kawan-kawan
Alas perut. Makan sotong bakar dengan kicap manis
Lepas tu, makan bento pula
Astro Awathang buat liputan pula
Kodomo kawaii...
Menari bersama ayah tersayang
Ayah yang penyayang
Persembahan Taiko
Ini bukan orang Jepun tetapi orang tempatan (agaknya)
Sepatutnya nak bergambar dengan mascot Momo. Tetapi tak sempat...