Sabtu, 18 Oktober 2014

Cendawan Beracun Dijual Di Hentian Rehat Lebuhraya

 
Menurut pihak berkuasa Wilayah Shiga, salah sebuah hentian rehat di lebuhraya wilayah tersebut secara tersilap menjualkan cendawan beracun kepada para pelancong.
 
Pada 22 September lalu, seramai 14 orang didapati mengalami keracunan makanan (sakit perut, pening kepala dan lain-lain) setelah makan cendawan berkenaan.
 
Dua hari sebelumnya, pihak berkuasa mengesan kesilapan tersebut yang berlaku di Hentian Rehat Kutsuki Shinhonjin yang berhampiran dengan Bandar Takashima.
 
Namun begitu, sebanyak 12 pek "cendawan tiram" yang bercampur dengan "cendawan cahaya bulan" beracun telah pun dijual. Kedua-dua jenis cendawan itu mempunyai bentuk dan warna yang serupa.