Bermula bulan
lepas, pedang bilah terbalik pertama yang sebenar akan mula dipamerkan di
Muzium Sejarah Tempatan yang terletak di Shiroi, Chiba.
Diberi jolokan
Sakabatou kerana mirip dengan pedang yang muncul di dalam siri Rurouni Kenshin
(Nobuhiro Watsuki), pedang ini dikatakan hanya rekaan sehinggalah muncul di
Shiroi pada tahun lalu.
Pedang ini
ditemui pada Oktober lalu oleh keluarga Kawakami di dalam gudang miliknya dan
dikatakan berasal dari Zaman Edo. Ianya sepanjang 28.2 cm dengan bilah
sepanjang 22.6 cm.
Keluarga
Kawakami telah diberi tugas menjaga kuda dan lembu oleh Shogun pada waktu itu
dan memiliki pelbagai jenis artifak dari zaman tersebut. Disebabkan kesukaran
untuk menemui pedang seperti ini, berdasarkan saiz dan kedudukan bilahnya,
pedang ini tidak pernah dimasukkan ke dalam pendaftaran rasmi pedang Jepun!
Oleh sebab itu, mesyuarat ahli jawatankuasa khas telah diadakan pada penghujung bulan lalu untuk membincangkan sama ada pedang ini layak atau tidak diberikan status Harta Kebudayaan Wilayah Chiba.