Sabtu, 26 Januari 2013

Hachiko Zaman Moden

Seekor anjing di bandar Iida, Wilayah Nagano telah menjadi tumpuan komuniti penyayang haiwan. Anjing ini didapati menunggu di tepi jalan di kawasan bukit dalam keadaan cuaca yang dingin malah bersalji. Ia enggan pergi dari situ dan hanya merenung ke arah kaki bukit seolah-olah menunggu kepulangan tuannya.

Pada 4 Disember lalu, sepasangan tua berusia 70-an menemui anjing itu duduk tegak di tepi jalan semasa mereka keluar untuk memandu.

"Jelas sekali ia terpisah dengan tuannya. Kemungkinan besar tuannya yang membuangkannya dan takkan kebali lagi. Kami berasa sedih melihat anjing ini dan ia mestinya sejuk dan lapar." Kata pasangan tua itu.

Pada 14 Disember iaitu 10 hari kemudian, selepas menerima ratusan panggilan daripada orang awam yang prihatin terhadap perkara ini, Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Iida membuat tindakan untuk meletakkan anjing itu dibawah penjagaan mereka. Anjing itu dikatakan berada dalam keadaan yang sihat kecuali kehilangan berat badan.

Manga Terhebat 2013 Didedahkan!



Kuroko no Basket

Bagi peminat setia manga, tahun 2013 pasti amat dinanti-nantikan kerana pada tahun ini terdapat banyak siri manga menarik yang bakal diterbitkan!

Jadi 10 buah siri manga yang bakal menggegarkan industry manga/anime telah mula diumumkan dan ianya terpilih berdasarkan pandangan dari beberapa mangaka terkenal, editor serta selebriti. Satu panduan yang menarik untuk penggemar manga!







  1. Terra Formars
  2. High Score Girl
  3. Ningen Karimenchuu
  4. Haikyu!!
  5. Silver Spoon
  6. Kuroko’s Basket
  7. Kinnikuman
  8. I Am A Hero
  9. Ball Room e Youkoso
  10. Ultraman
 

10 Majalah Manga Yang Terbaik Di Jepun



Shonen Jump
Pembaca di Jepun membaca manga terkini menerusi majalah manga yang dikeluarkan oleh syarikat penerbitan di Jepun. Selain dari manga terkini, majalah ini turut menyiarkan berita terkini tentang dunia manga, anime dan permainan video di Jepun serta beberapa topic menarik untuk pembaca setianya. Saling tak tumpah seperti Kreko! Jadi kali ini kami akan senaraikan 10 buah majalah manga terbaik di Jepun.
  1. Shonen Jump
  2. Young Jump
  3. Morning
  4. Shonen Sunday
  5. Big Comic Spirit
  6. Gekkan Comic @ Bunch
  7. Bessatsu Shonen Magazine
  8. Shonen Magazine
  9. Evening
  10. Gekkan Afternoon 
 

Selasa, 22 Januari 2013

Salji November Sapporro Paling Lewat Selepas 122 Tahun




Di Negara Jepun, pertama pada musim dingin ini yang turun di Bandar Sapporro, Hokaido adalah pada 18 November 2012, menjadikannya sebuah rekod kerana salji November paling lewat sebelumnya turun pada era Meiji.

Salji pertama di Sapporro adalah satu perkara yang penting di dalam kalendar pelancongan bandar itu dan kelewatan bersalji kali ini telah memberikan kesan kepada perniagaan yang berkaitan dengan bidang pelancongan.

Menurut catatan dari Agensi Meteorologi Jepun, sebelum ini salji November terlewat di Sapporro turun pada 20 November 1890.

Selasa, 8 Januari 2013

Filem Terbaru Studio Ghibli

Studio Ghibli akhirnya membuat pengumuman rasmi tentang filem terbaru di bawah arahan Hayao Miyazaki dan Isao Takahata! Filem terbaru Hayao Miyazaki selepas lima tahun ini bertajuk Kaze Tachinu (Angin Sedang Bertiup).

Kaze Tachinu

Ia mengisahkan tentang biografi Jiro Horikoshi, pereka pesawat pejuang Mitsubishi A6M Zero yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua.

Kaguya-hime no Monogatari

Manakala filem pertama Takahata sejak Tonari no Yamada-kun (1999) adalah Kaguya-hime no Monogatari (Dongeng Puteri Kaguya), sebuah adaptasi terbaru dari kisah dongeng klasik Jepun Taketori Monogatari (The Tale of the Bamboo Cutter).

Kedua-dua buah filem ini dijangka akan ditayangkan serentak di pawagam yang berbeza pada musim panas akan datang.

Sabtu, 5 Januari 2013

Rekaan Stadium Nasional Tokyo Baharu oleh Zaha Hadid



Zaha Hadid, arkitek United Kingdom berketurunan Iraq yang terkenal dengan hasil rekaan Pusat Akuatik Olimpik London 2012, telah memenangi tempat pertama dalam sebuah pertandingan mereka Stadium Nasional Tokyo baharu.

Penyertaan juara pertandingan ini akan menggantikan Stadium Nasional Tokyo yang dibina pada tahun 1958 dan digunakan sebagai stadium utama Olimpik Tokyo 1964.

Stadium berusia 54 tahun ini direka oleh Katayama Mitsuo dan dilihat sebagai lambang kelahiran arkitektur Jepun moden. Pembinaan stadium baru dijangka selesai pada tahun 2018 dan akan menghoskan Ragbi Piala Dunia 2019. Ia juga berpeluang menjadi tuan rumah Olimpik 2020 sekiranya Tokyo Berjaya dalam pembidaan.




 
Walau bagaimana pun, kemenangan Zaha Hadid telah menimbulkan kuatir di kalangan rakyat Jepun tentang isu terlebih bajet, memandangkan kos jangkaan pembinaan Pusat Akuatik London adalah 72 juta Pound (+/- RM 353 juta) tetapi memakan jumlah 270 juta Pound (+/- RM 1.32 bilion) apabila ia disiapkan!