Selasa, 26 Jun 2012

Undian: Jepun Mempunyai Pengaruh Positif Terbanyak di Dunia

BBC World Service telah menjalankan undian tahunan untuk mengukur tahap persepsi pengaruh oleh pelbagai negara. Jepun telah menduduki tangga tertinggi dengan dilihat sebagai negara yang paling berpengaruh positif di dunia di antara negara-negara yang dinilai dan telah meningkat sedikit sejak tahun 2011.

Secara anggaran, dalam 21 buah negara yang dinilai, 58% responden mempunyai tanggapan positif terhadap pengaruh Jepun (daripada 56% pada tahun 2011) dan 21% mempunyai pandangan negatif (meningkat 1% dari tahun 2011).