Jumaat, 15 Jun 2012

Fakta Mengenai Naruto


  • Naruto adalah satu siri Manga yang dihasilkan seorang mangaka, Masashi Kishimoto.
  • Watak Uzumaki Naruto, seorang pemuda nakal, hiperaktif dan tidak mendapat pengiktirafan oleh masyarakat sekitarnya. Naruto bercita-cita menjadi seorang Hokage iaitu satu gelaran yang diberikan untuk Kage atau ketua ninja, selaku ninja terkuat di sesebuah kampung dengan harapan untuk mendapat pengiktirafan dan membuang tanggapan negatif masyarakat terhadap dirinya.
  • Manga ini membuat kemunculan sulungnya pada 1999 dan diterbitkan Shueisha dalam majalah Shonen Jump isu ke 43.
  • Di Malaysia, siri manga Naruto versi Bahasa Melayu diterbitkan Comics House.
  • Di negara ini juga, siri ini mula ditayangkan di Astro Ria pada 2004 dan juga di rangkaian TV3 pada 2005. Kemasyhuran siri Naruto ini sering kali diperbandingkan dengan pencapaian siri manga/anime klasik seperti Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama.
  • Perkembangan dan populariti siri ini boleh disamakan dengan populariti dicapai oleh Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama yang muncul dalam majalah mingguan Shonen Jump di Jepun.
  • Sejak kemunculannya, banyak laman web peminat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Laman tersebut mengandungi dan memberikan informasi terperinci, panduan dan juga forum yang berkaitan dengan siri tersebut.
  • Rangkaian televisyen TV Asahi Corporation di Jepun telah menyenaraikan siri animasi Naruto di tangga ke 17 dalam carta/ranking 100 animasi terbaik mereka.
  • Watak utama cerita ini terdiri daripada Naruto, Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura.