Selasa, 26 Jun 2012

Undian: Jepun Mempunyai Pengaruh Positif Terbanyak di Dunia

BBC World Service telah menjalankan undian tahunan untuk mengukur tahap persepsi pengaruh oleh pelbagai negara. Jepun telah menduduki tangga tertinggi dengan dilihat sebagai negara yang paling berpengaruh positif di dunia di antara negara-negara yang dinilai dan telah meningkat sedikit sejak tahun 2011.

Secara anggaran, dalam 21 buah negara yang dinilai, 58% responden mempunyai tanggapan positif terhadap pengaruh Jepun (daripada 56% pada tahun 2011) dan 21% mempunyai pandangan negatif (meningkat 1% dari tahun 2011).

Jumaat, 15 Jun 2012

Fakta Mengenai Naruto


  • Naruto adalah satu siri Manga yang dihasilkan seorang mangaka, Masashi Kishimoto.
  • Watak Uzumaki Naruto, seorang pemuda nakal, hiperaktif dan tidak mendapat pengiktirafan oleh masyarakat sekitarnya. Naruto bercita-cita menjadi seorang Hokage iaitu satu gelaran yang diberikan untuk Kage atau ketua ninja, selaku ninja terkuat di sesebuah kampung dengan harapan untuk mendapat pengiktirafan dan membuang tanggapan negatif masyarakat terhadap dirinya.
  • Manga ini membuat kemunculan sulungnya pada 1999 dan diterbitkan Shueisha dalam majalah Shonen Jump isu ke 43.
  • Di Malaysia, siri manga Naruto versi Bahasa Melayu diterbitkan Comics House.
  • Di negara ini juga, siri ini mula ditayangkan di Astro Ria pada 2004 dan juga di rangkaian TV3 pada 2005. Kemasyhuran siri Naruto ini sering kali diperbandingkan dengan pencapaian siri manga/anime klasik seperti Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama.
  • Perkembangan dan populariti siri ini boleh disamakan dengan populariti dicapai oleh Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama yang muncul dalam majalah mingguan Shonen Jump di Jepun.
  • Sejak kemunculannya, banyak laman web peminat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Laman tersebut mengandungi dan memberikan informasi terperinci, panduan dan juga forum yang berkaitan dengan siri tersebut.
  • Rangkaian televisyen TV Asahi Corporation di Jepun telah menyenaraikan siri animasi Naruto di tangga ke 17 dalam carta/ranking 100 animasi terbaik mereka.
  • Watak utama cerita ini terdiri daripada Naruto, Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura.

Rabu, 13 Jun 2012

Sekolah Tentera Jepun Menggunakan Zaku Dari Gundam

Laman web Sekolah Tinggi Teknikal Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (JGSDF) telah menunjukkan gambar terbaru mobil sut Zaku dari siri Gundam bersama dengan dua orang pelajar yang sedang melihat alat permainan karakter ini sambil membayangkan mereka sedang mengawalnya.

Sekolah Tinggi Teknikal JGSDF adalah sekolah tinggi tiga tahun yang menawarkan latihan teknikal khas kepada pelajarnya yang diperlukan sebelum tamat pengajian di JGSDF.

Kelab robotik adalah salah satu kelab sekolah rasmi manakala kursus latihan teknikal di sekolah ini juga turut menggunakan robot, sistem robotik NXT milik Lego serta sistem Robo Designer Japan Robotech untuk tujuan pengajian.

L'Arc~en~Ciel Buka Undian Peminat untuk Lokasi Jelajah Seterusnya Tour


L'Arc~en~Ciel telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan kempen di mana peminat boleh mengundi bandar untuk jelajah mereka yang seterusnya.

Undian ini bermula selepas kumpulan ini selesai persembahan terakhir jelajah dunia mereka, L'Arc~en~Ciel 20th L'Anniversary World Tour 2012 di Hawaii. Kempen ini memberitahu pengundi: "Klik anda membawa L'Arc~en~Ciel ke bandar anda! Bandar untuk jelajah seterusnya akan dipilih oleh undi anda dari seluruh dunia!"

Matsuura Aya Membuat Kemunculan Pertama Selepas Setengah Tahun

Pada 22 Mei, Matsuura Aya membuat kemunculan awam pertamanya selepas setengah tahun untuk menghadiri majlis pengebumian presiden Nagara Group, Nagara Jun yang mati dalam kemalangan ketika bermain golf di Hawaii awal bulan ini.

Matsuura menjelaskan pada Ogos lalu dia telah dikesan mengalami penyakit endometriosis dan tarik diri daripada aktiviti sibuk sebagai artis untuk menumpukan perhatian dalam rawatannya.

Dia juga telah menutup akaun Twitter miliknya. Kemunculan Matsuura ketika pengebumian Nagara adalah kali pertama dia muncul sejak November lalu.