Khamis, 10 Mei 2012

Triumph Perkenal Coli Nyaman


Tokyo, Jepun - Pengeluar pakaian dalam, Triumph semalam melancarkan coli istimewa yang dapat memberikan rasa nyaman kepada wanita ketika cuaca panas.

Berisi gel pejal tetapi lembut, coli Super Cool Bra dapat menyejukkan badan selepas dibiarkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Super Cool Bra juga boleh mengeluarkan bunyi kerana dilengkapi loceng angin di antara dua mangkuk coli berkenaan dan haruman tradisional Jepun bagi memberikan keselesaan kepada pemakainya.

Triumph dalam satu kenyataan di sini memberitahu, coli berkenaan diperkenalkan bagi tujuan promosi dan bukan untuk dijual kepada orang ramai.

Menurut kenyataan sama, idea mencipta coli itu dibuat atas kesedaran berhubung keperluan menjimatkan elektrik semasa musim panas di Jepun. - AFP