Jumaat, 9 Julai 2010

Ozawa Kenji Telah Berkahwin Sejak Tahun Lalu

Penyanyi dan penulis lagu, Ozawa Kenji dikatakan telah berkahwin pada hujung tahun lalu dan isterinya adalah seorang jurugambar Amerika yang bernama Elizabeth Cole.

Ozawa telah bekerja di Amerika Syarikat sejak tahun 1998, namun dia baru saja memulakan aktivitinya di Jepun dengan jelajah konsert pada bulan Mei.

Dia bertemu dengan isterinya semasa berada di Amerika tetapi kini mereka berdua berada di Jepun.

Majalah Friday menangkap gambar mereka berdua sedang membeli belah di sebuah kedai serbaneka pada awal bulan lalu dan kemudiannya pasangan itu dilihat berpegangan tangan di tempat awam sebelum pulang ke apartment Ozawa.