Rabu, 30 Jun 2010

Puffy Akan Membuat Persembahan di Hong Kong dan Taiwan

Puffy mengumumkan bahawa mereka mempunyai dua persembahan di luar Jepun yang telah dijadualkan, sebuah persembahan di Hong Kong pada 23 September dan sebuah lagi di Taiwan pada 25 September.

Konsert itu ditambahkan ke jelajah konsert pasangan ini yang bermula pada 24 Jun.

Disebabkan siri anime Hi Hi Puffy AmiYumi yang terkenal, bilangan peminat Puffy di peringkat antarabangsa telah meningkat dengan drastik.

Mereka telah pun membuat persembahan sebanyak beberapa kali di Amerika Syarikat dan juga di Eropah. Namun mereka tidak pernah membuat konsert di Taiwan sejak tahun 1998 mahu pun Hong Kong sejak tahun 1999.

GLAY Melancarkan Label Baru


GLAY mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan label sampingan independen untuk For Life Music Entertainment. Label ini dipanggil Loversoul Music & Associates dan mereka mempunyai rancangan untuk mengeluarkan bahan baru melalui label tersebut.

GLAY menyatakan mereka telah mencipta label itu supaya mereka boleh menyebarkan muzik mereka sendiri. Single pertama dengan label baru ini bakal diterbitkan pada September akan datang.

Kumpulan ini juga dikatakan hampir menyiapkan album ke-10 mereka (selepas album ke-9 diterbitkan pada tahun 2007) dengan rancangan untuk menerbitkannya pada hujung tahun ini.

Mihara Junko Pilih Politik Bukannya Cinta

Mihara Junko dan pengarah pentas Suenaga Yoshihiro telah berpisah. Mereka berdua mula keluar bersama sejak Oktober lalu tetapi baru-baru ini menamatkan hubungan mereka disebabkan kerja.

Hubungan Mihara dan Suenaga diketahui ramai pada bulan Januari pada masa mereka sedang mempertimbangkan untuk berkahwin.

Namun, kemudiannya Mihara mengumumkan niatnya untuk bercalon di dalam pilihan raya untuk Dewan Kaunsil pada musim panas ini.

Dengan pilihan raya yang telah menjadikannya sibuk dan Suenaga pula sibuk dengan tugasnya, mereka berdua jarang mempunyai masa untuk bertemu, menimbulkan kerisauan perkahwinan mereka mungkin tidak akan berjalan dengan lancar. Akhirnya, mereka berdua berpisah.

Isnin, 28 Jun 2010

My Favourite Meal. (Part 1)

Hokke Set



Grilled atka mackerel served with egg custard, miso soup and steamed rice.

Sakana Black Pepper



Deep fried dory fish in black pepper sauce with egg custard, miso soup, steamed rice and cultured milk drink.

Sushi



Well..., a few type sushi in my plates. Just look. Okey...?

Subarashii...!

Sudah semestinya aku gembira bila Jepun melayakkan diri ke pusingan kedua dalam World Cup 2010. Puncanya, pasukan Blue Samurai telah berjaya mengalahkan Denmark 3 – 1.

Penjaring pertama, Keisuki Honda pada minit ke 17. Disusuli Yasushito Endo pada minit ke 30. Pada tempoh masa kedua, Denmark mendapat derita apabila gawang golnya ditebuk oleh Shinji Okazaki pada minit ke 87.

Sebagai penyokong setia skuad Jepun, aku cukup ureshii!

Selepas ini, Jepun akan bertemu dengan pasukan Paraguay pada 29hb Jun nanti. Tetapi aku tak pasti mereka lawan sama ada ikut waktu Malaysia atau Afrika Selatan. Kalau waktu Malaysia, mungkin antara pukul 10 malam atau 2 setengah pagi pada 29 haribulan itu.

Rabu, 23 Jun 2010

Kapsul Hayabusa selamat



Dipetik dari KOSMO! 23hb Jun 2010

Pelbagai cara digunakan bagi merungkai misteri purba dan ruang angkasa. Pusat Media Sains Australia mengeluarkan sekeping gambar yang menunjukkan sebuah kapsul yang dibawa pesawat ruang angkasa Hayabusa Jepun telah disimpan di dalam sebuah kotak.

Ia diambil setelah selamat mendarat ke tanah yang terletak dalam zon ketenteraan Woonera di Australia.

Para saintis yang menemui kapsul berkenaan berharap agar ia mengandungi serpihan pertama asteroid yang julung kali dibawa pulang ke bumi. Serpihan itu mungkin menawarkan sekilas maklumat mengenai sejarah purba ruang angkasa.

Koda Kumi Buat Persembahan Dalam 3D



Dalam sebuan wawancara, penyanyi Koda Kumi mengumumkan bahawa persembahannya di Stadium Yokohama pada 4 Julai nanti akan disiarkan secara langsung dalam bentuk 3D melalui SKY PerfectTV!

Ia merupakan persembahan 3D pertama di Jepun dan dia berharap semua peminatnya dapat menyaksikan persembahannya ini.

Kumi juga akan menyambut ulang tahun ke-10 sejak kemunculannya yang pertama dan berharap dapat mencuba perkara baru seperti ini lagi.

Persembahan langsung ini secara teknikalnya diuruskan oleh NHK Media Technology Inc. dan menjadi antara projek yang bakal mencipta sejarah.

Fujimoto Miki Menyebabkan Kemalangan Kecil

Kemalangan kereta selebriti terbaru melibatkan bekas ahli Morning Musume, Fujimoto Miki yang berlaku pada 2 Jun.

Semasa memandu di kawasan Omotesando, Tokyo di sekitar 7:10 petang, Fujimoto berhenti di lampu merah di sebuah simpang. Namun, dia secara tidak sengaja melepaskan brek dan keretanya bergerak ke depan, melanggar bahagian belakang teksi di hadapannya.

Tiada siapa yang cedera. Fujimoto mengeluarkan kenyataan melalui agensi pengurusannya pada keesokan hari, meminta maaf di atas kecuaiannya.

Sasaki Nozomi Terbitkan Single Pertama

Model popular Sasaki Nozomi akan mempunyai kemunculan CD pertamanya pada bulan hadapan dengan single berjudul Kamu to Funyan feat. Astro/Menjadi Lembut Selepas Dikunyah feat. Astro.

Lagu ini telah digunakan di dalam iklan baru Sasaki untuk gula-gula getah Fit’s keluaran Lotte yang turut disertai oleh kumpulan hip-hop Astro.

Iklan baru ini disiarkan pada 14 Jun sementara lagunya pula boleh dimuat turun melalui Chaku-uta pada dua hari kemudian dan ia akan diterbitkan sebagai single pada 21 Julai.

Selasa, 22 Jun 2010

Trend majlis penceraian di Jepun



Dipetik dari KOSMO! 22hb Jun 2010

Tokyo - Semakin ramai pasangan suami isteri di Jepun memilih untuk melafazkan cerai pada satu majlis perceraian di hadapan sahabat handai dan keluarga.

Majlis perceraian itu mula dianjurkan setahun lalu oleh seorang bekas jurujual, Hiroki Terai yang membina sebuah rumah besar yang dikenali sebagai rumah perceraian di bandar raya ini.

Sejak itu, kira-kira 25 pasangan memilih untuk menganjurkan majlis perceraian yang mirip majlis perkahwinan tetapi bertujuan untuk mengumumkan bahawa rumah tangga mereka telah berakhir.

Setiap pasangan dikenakan caj AS$ 606 (RM 1, 931).

Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Fuji berkata, dia mengadakan majlis perceraian itu sebagai tanda untuk memulakan hidup baru selepas bercerai dengan isterinya. - Reuters

Selasa, 15 Jun 2010

Jadual Jelajah Eropah Gackt Disahkan


1 Jun, Gackt telah mengesahkan tarikh jelajah konsert Eropah pertamanya dengan mendedahkan 5 konsert untuk bulan hadapan.

Jadualnya adalah seperti berikut:

16/7 - London, United Kingdom

18/7 - Paris, Perancis

20/7 - Barcelona, Sepanyol

22/7 - Munich, Jerman

24/7 - Bochum, Jerman

Isnin, 14 Jun 2010

Matsumoto Jun cari penawar hidung berdarah


Pelakon yang pernah menerima anugerah The Best Cute Actor Japan, Matsumoto Jun (26) mengakui penyakit hidung berdarah yang dialaminya belum sembuh.

Sewaktu ditemu bual oleh Potato Magazine, katanya, “Sejak saya di bangku sekolah lagi, hidung saya ini selalu berdarah. Ya. Hampir setiap hari itu terjadi. Saya terpaksa menyediakan banyak tisu di dalam beg sekolah. Bukan itu saja, saya hampir-hampir kehilangan kawan kerana ada daripada mereka geli untuk mendekati saya.

“Ada juga yang mengatakan saya mempunyai penyakit seperti HIV. Tapi bila berjumpa dengan doktor, saya diberitahu ia penyakit keturunan. Kadang-kadang saya juga rimas dan sesak nafas bila hampir setiap hari saya terpaksa mendongak kepala untuk menahan darah keluar dari hidung.

“Saya ada juga berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional untuk mengubati masalah ini. Kesannya, hidung saya kini hanya berdarah dalam sekali atau dua dalam seminggu. Walau pun begitu, saya rasa terganggu apabila di set penggambaran saya terpaksa berhenti beberapa minit untuk menghilangkan darah di hidung saya,” cerita Jun yang masih mencari penawar untuk mengubati penyakitnya itu.

Pemain Dram Tinggalkan SNAIL RAMP


Ishimaru, pemain dram kumpulan rock SNAIL RAMP akan meninggalkan kumpulan ini pada musim panas akan datang.

Menurut pengumuman yang dibuat pada laman web rasmi kumpulan ini, alasan pengundurannya adalah kerana terdapat perbezaan muzik.

Konsert terakhir Ishimaru bersama kumpulannya adalah pada 14 Ogos di Shimokitazawa.

Selepas pengundurannya, hanya tinggal dua anggota asal iaitu Takemura selaku vokali/pemain bass dan Toru selaku pemain gitar.

SNAIL RAMP ditubuhkan pada 1995 dan mula menghasilkan album pertama pada 1996 di bawal label Takemura sendiri. Setakat ini mereka telah mengeluarkan lima single dan enam buah album.

Khamis, 3 Jun 2010

Satomi Ishihara dedah aset


Dipetik dari KOSMO! 3hb Jun 2010

Aktres muda Satomi Ishihara yang baru berusia 23 tahun bakal mengejutkan ramai peminatnya apabila buat pertama kalinya dia beraksi seksi di dalam majalah wanita An-an.

Dia yang menajdi kulit muka untuk bahagian kecantikan majalah tersebut memakai pakaian yang menampak pusat serta sebahagian payudaranya.

Bertekad untuk tampil menawan, sebelum sesi fotografi itu dijalankan, Ishihara dilaporkan telah menjalani latihan untuk mendapatkan badan yang lebih cantik dan juga berlatih aksi di depan cermin.

Menurut sumber aktres tersebut sedikit malu tentang pendedahan pusatnya. Namun, sesiapa yang berada di lokasi sesi fotografi cukup terpesona dengan tubuh Ishihara yang semakin menawan.

“Ini adalah kali pertama saya melihat serius tentang tubuh saya. Agak memalukan apabila orang memuji aset saya tapi saya gembira dengan pujian itu yang menunjukkan segala usaha saya selama ini (bersenam) berbalo,” ujarnya.

Rabu, 2 Jun 2010

Dikahwin oleh Robot



Dipetik dari KOSMO! 2hb Jun 2010

Pasangan Jepun, Satoko Inouye, 36 dan Tomohiro Shibata, 42, melangsungkan perkahwinan mereka dengan dikahwinkan oleh robot bernama I-Fairy baru-baru ini.

Detik bersejarah kedua mempelai itu disaksikan kira-kira 50 tetamu yang menghadiri perkahwinan mereka.

Robot berkaki empat itu telah dipinjamkan oleh majikan Inouye, Kokoro Co. yang merupakan syarikat pembangunan robot.

“Ini merupakan sesuatu yang menarik. Saya rasa masyarakat Jepun merasakan robot adalah kawan mereka.

“Mereka yang terlibat dengan industri robot akan memahami perkara ini tetapi kebanyakan orang mahukan robot yang mampu memberiperkhidmatan kepada mereka,” kata Inouye.

Selasa, 1 Jun 2010

Horikita Maki melakonkan Joan of Arc.


Horikita Maki akan muncul di pementasan pertamanya pada musim luruh ini, melakonkan watak wirawati bersejarah Perancis, Joan of Arc. Shirai Akira akan menghasilkan layar teater tersebut yang berjudul Jeanne d’Arc.

Lakonan ini mengikuti kehidupan seorang gadis muda yang mengetuai tentera Perancis kepada pelbagai kejayaan semasa Peperangan 100 Tahun dan kemudian dibakar mati pada usia 19 tahun. Ito Hideaki turut melakonkan watak King Charles VII.

Jeanne d’Arc akan dipersembahkan di Akasaka ACT Theater di Tokyo dari 30 November sehingga 19 Disember.

High and Mighty Color Berpecah



19 Mei, High and Mighty Color mengumumkan bahawa mereka telah mengambil keputusan untuk bubar demi menyelesaikan perbezaan pendapat mereka di dalam bidang muzik dan menetapkan impian masa depan mereka.

Berasal dari Okinawa, kumpulan enam orang ahli ini ditubuhkan pada tahun 2004 dan mengeluarkan single label utama pertama mereka pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2008, vokalis Maki meninggalkan kumpulan ini kerana berkahwin dengan Nakamura Masato, pemain bass Dreams Come True. Maki digantikan dengan vokalis baru Halca pada tahun 2009.

High and Mighty Color bercadang untuk menamatkan aktiviti mereka secara rasminya selepas single terbaru mereka berjudul Re:ache dilancarkan pada 11 Ogos.

Yoshiki di Chicago Anime Fest


Ketua kumpulan X Japan, Yoshiki adalah tetamu kejutan di acara Anime Central in Chicago 2010 pada 16 Mei yang lalu.
Dia bercakap tentang pertunjukan kumpulannya yang akan mengadakan persembahan di Yokohama dan tidak sabar untuk muncul di festival rock Lollapalooza pada Ogos nanti.

X Japan dijadualkan untuk membuat kemunculan pada 8 Ogos, hari terakhir acara tersebut di dua persembahan sebelum Soundgarden.

Senarai lagu mereka termasuklah buat pertama kali menyanyikan lagu baru mereka, Born To Be Free. Seminggu kemudian, mereka akan pulang ke tanah air dan mengadakan dua konsert untuk 150 ribu peminat di Nissan Stadium di Yokohama.

PM Jepun enggan letak jawatan


Dipetik dari KOSMO! 1hb Jun 2010

Tokyo - Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama semalam enggan memenuhi desakan pelbagai pihak supaya beliau meletakkan jawatan.

Hatoyama, selepas mengadakan mesyuarat dengan beberapa pegawai tinggi Parti Demokratik memberitahu pemberita bahawa beliau akan kekal memegang jawatan berkenaan.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendesaknya meletakkan jawatan selepas kegagalannya menunaikan janjinya pada tahun lalu berhubung isu perpindahan pangkalan tentera udara Amerika Syarikat (AS) di Pulau Okinawa - Reuters