Rabu, 6 Januari 2010

Ikan tuna 233kg dijual RM 599, 587


Dipetik dari KOSMO! Rabu 6 Januari 2010

Tokyo – Seekor ikan tuna gergasi jenis bluefin seberat 233 kilogram (kg) dijual dengan harga $ 177 ribu (RM 599, 587) dalam satu lelongan di Pasar Tsukiji di sini semalam.

Harga itu dianggap paling mahal sejak 2001 apabila seekor ikan tuna seberat 200kg dijual dengan harga AS$ 220 ribu (RM 745, 250).

Seorang kakitangan pasar itu berkata, ikan tersebut dibeli dan dagingnya dibahagikan sama rata oleh seorang pemilik sebuah restoran sushi Jepun dengan pemilik sebuah bar sushi Hong Kong.

Dia berkata, ikan tuna yang ditangkap di perairan utara Jepun itu merupakan sebahagian daripada 570 ekor ikan yang dilelong di pasar tersebut.

Menurutnya, kira-kira 40 peratus ikan tuna yang dilelong itu ditangkap di pelbagai kawasan termasuk dari Indonesia dan Mexico.

Jepun merupakan pengguna makanan laut yang terbesar di dunia. – AP

Tiada ulasan: