Khamis, 28 Januari 2010

Perkara yang dibenci!


Oleh: Merkia

Dalam banyak-banyak perkara yang aku benci, yang paling benci ialah orang yang menuduh aku melakukan perkara yang bukan-bukan sedangkan aku tak pernah berbuat demikian.

Sebagai contoh, jika ada kes kecurian duit di kaunter bayaran. Bila ada perjumpaan tergempar, penyelia pasti memandang ke arah aku sambil memberi penerangan mengenai kes kecurian.

"Kalau sesiapa yang ambil duit itu, sila kembalikan. Kamu Y, kalau kamu ambil, pulangkan dengan segera." Kata penyelia berkenaan sambil memandang tepat ke wajahku. Berpuluh pasang mata pandang ke arahku dengan lain macam sahaja.

Bukan main bengang aku bila dituduh demikian. Dulu, ketika aku jadi juruwang, ada kes duit hilang tetapi tak ada pula diadakan perjumpaan tergempar.

"Duit hilang, potong gaji!" Kata akauntan kepadaku. Itulah ganjaran yang aku terima selama bekerja di sebuah syarikat yang dimiliki orang Melayu!

Rabu, 27 Januari 2010

Sakurai dari Arashi miliki muka Masokis?


Dipetik dari Arena 20 Januari 2010

Salah seorang anggota Arashi, Sakurai dan aktres Maki Horikita (Hana Kimi) telah menghadiri sidang akhbar untuk drama terbaru Tokujo Kabachi di Tokyo baru-baru ini.

Horikita membawa watak seorang penulis pentadbiran dan watak yang sukar dibawanya. Baginya, amat mencabar untuk membawa watak wanita bekerjaya yang agresif dan mendominasi orang lain.

Sakurai pula memperkenalkan wataknya sebagai ‘Sakurai dengan wajah masokis’. Walau pun wataknya selalu amat panas baran namun dia gembira dapat berlakon dengan pelakon berpengalaman. Dia gembira dapat berlakon bersama Endo, Katsumi Takahashi dan Masatoshi Nakamura.

Walau pun ini kali pertama Horikita berlakon bersama Sakurai, mereka gembira dan selalu ketawa di lokasi meski pun watak mereka perlu saling membenci.

Kimura Takuya Perolehi Gelaran Raja untuk Johnny’s


Dipetik dari Arena 20 Januari 2010

Johnny’s Entertainment banyak menghasilkan bakat yang selalu muncul dalam sebahagian besar stesen tv di Jepun. Sebagai senjata rahsia untuk naikkan rating, ramai bakat dari Johnny’s ambil bahagian dalam satu drama ke drama yang lain.

Kimura Takuya telah dipilih sebagai Raja keseluruhan untuk Johnny’s kerana drama Mr. Brain lakonannya memperolehi rating tertinggi iaitu sebanyak 20.5%. Tempat kedua dimenangi oleh Kusanagi Tsuyoshi untuk watak di dalam drama Ninkyo Helper sebanyak 15% dan Ikuta Toma di dalam drama Voice mendapat tempat ketiga dengan peratusan sebanyak 14.6%.

Bagaimana pun, tidak semua mendatangkan keputusan yang baik seperti siri Kami no Shizuku lakonan Kamenashi Kazuya dari KAT – TUN yang hanya memperolehi 6.08%. kemunculan khasnya dalam siri Mr. Brain juga mencatatkan rating yang paling rendah iaitu sebanyak 16.3%. tidak hairanlah dia dikenali untuk menjatuhkan rating!

Maki Nishiyama Meninggalkan CanCam


Dipetik dari Komik Remaja 11 Januari 2010

Model fesyen popular, Nishiyama Maki, yang sebelum ini dikaitkan dengan hubungan romantik bersama Akanishi Jin dari KAT – TUN, akan ‘tamat belajar’ dari majalah fesyen bulanan CanCam.

Isu Disember 2009 dikeluarkan dengan buku khas yang menampilkan Nishiyama yang mengumumkan pemergiannya.

Kemunculan terakhir Nishiyama di CanCam adalah di dalam isu Mac yang dijadualkan akan mula dijual pada 23 Januari.

X Japan buat video muzik di Hollywood


Dipetik dari Komik Remaja 11 Januari 2010

X Japan membuat kemunculan di Los Angeles pada 9 Januari. Kumpulan rock lagenda ini bukanlah mengadakan konsert tetapi akan membuat pengambaran untuk empat buah video muzik.

Laman web JRock Nation telah mengumumkan bahawa X Japan akan membuat pengambaran di jalanan di Hollywood dan mereka menerima penyertaan dari peminat yang berminat untuk turut serta.

Menurut Navigate Hollywood pula, pengambaran telah menutup sebahagian seksyen Hollywood Boulevard dari jam 10 malam pada 9 Januari hingga 7 pagi pada 10 Januari.

Konichiwa everyone...!


Oleh: Merkia

Bermulalah kelas asas bahasa Jepun peringkat pertama (Level 1) yang aku idamkan. ia sudah pun bermula sejak awal bulan Januari 2010 di Damansara Utama. Berdekatan dengan Kolej Damansara Utama (KDU).

Sejak menyertai kelas berkenaan, aku dapat merasai kebudayaan bangsa yang kuat bekerja serta taat setia terhadap majikan dan negara.

Alhamdulillah. Aku dapat tangkap apa yang Rei sensei (Cikgu Rei) walau pun nak bercakap pun masih tersangkut-sangkut. Paling mencabar, kena faham, baca serta menulis tulisan Jepun yakni kanji.

Jika ada rezeki akan datang, aku nak sambung ke peringkat kedua (Level 2) dalam bahasa Jepun.

Rabu, 6 Januari 2010

怪獣達のダンス「スリラー」etc. Ultra Kaiju Menari Thriller

Anda tidak patut terlepas untuk melihat klip yang menarik dan kelakar ini, saksikanlah.

Kamikawa Takaya berkahwin dengan bekas aktres


Dipetik dari Komik Remaja 4 Januari 2010

Agensi pengurusan Kamikawa Takaya mengumumkan bahawa pelakon itu kini telah berkahwin. Pada 4 Disember, Kamikawa yang berusia 44 tahun mendaftar perkahwinannya dengan seorang bekas aktres yang 19 tahun lebih muda daripadanya.

Pasangan ini bertemu pada Disember 2005 di sebuah parti, dan mereka mula keluar bersama selepas itu.

Pengantin perempuan yang masih belum diumumkan ini digambarkan sebagai seorang yang kurus, berambut lurus dan dikenali dengan kebolehan berlakonnya.

Dia melakukan persembahan teater sehinggalah permulaan tahun ini apabila dia bersara disebabkan masalah kesihatan.

Maklumat tentang penyakitnya juga tidak didedahkan tetapi dikatakan dia sedang menerima rawatan.

Amuro Namie Buat Konsert Jelajah 8 Bulan untuk tahun 2010


Dipetik dari Komik Remaja 4 Januari 2010

16 Disember lalu, Amuro Namie mengeluarkan album terbarunya, Past < Future.

Sehubungan dengan albumnya, diva J-pop ini juga mengumumkan konsert jelajah yang panjang untuk tahun 2010, di mana akan menjadikannya sibuk dengan 73 persembahan dalam masa 8 bulan!

Projek ini bermula di Chiba pada 3 April dan akan tamat di Okinawa Convention Center pada 20 – 21 November.

Ikan tuna 233kg dijual RM 599, 587


Dipetik dari KOSMO! Rabu 6 Januari 2010

Tokyo – Seekor ikan tuna gergasi jenis bluefin seberat 233 kilogram (kg) dijual dengan harga $ 177 ribu (RM 599, 587) dalam satu lelongan di Pasar Tsukiji di sini semalam.

Harga itu dianggap paling mahal sejak 2001 apabila seekor ikan tuna seberat 200kg dijual dengan harga AS$ 220 ribu (RM 745, 250).

Seorang kakitangan pasar itu berkata, ikan tersebut dibeli dan dagingnya dibahagikan sama rata oleh seorang pemilik sebuah restoran sushi Jepun dengan pemilik sebuah bar sushi Hong Kong.

Dia berkata, ikan tuna yang ditangkap di perairan utara Jepun itu merupakan sebahagian daripada 570 ekor ikan yang dilelong di pasar tersebut.

Menurutnya, kira-kira 40 peratus ikan tuna yang dilelong itu ditangkap di pelbagai kawasan termasuk dari Indonesia dan Mexico.

Jepun merupakan pengguna makanan laut yang terbesar di dunia. – AP