Selasa, 2 September 2014

12 Bintang Porno Benarkan Sentuh Payudara Dalam Kempen AIDS

Tokyo - Sekumpulan aktres porno Jepun mengumpul sumbangan lebih 4 juta yen (RM121,184) kelmarin dengan membenarkan peminat menyentuh payudara mereka pada kempen amal 'Derma Payudara' bertujuan untuk memerangi penyakit AIDS.
 
Berlangsung di ibu kota Jepun di sini, acara kontroversi itu yang berakhir semalam disertai oleh 12 bintang filem porno tempatan.
 
Mereka berdiri sambil menyingkap baju-T yang dipakai sekali gus mendedahkan payudara masing-masing, manakala setiap peminat yang ingin menyentuh payudara setiap aktres berkenaan diminta untuk menderma sekurang-kurangnya seribu yen (RM30).
 
Media tempatan melaporkan terdapat segelintir peminat yang secara diam-diam mencuci tangan menggunakan cecair pembunuh kuman sebelum menyentuh payudara barisan aktres itu.
 
Pihak penganjur berkata, lebih 4,100 pasang tangan telah menyentuh payudara para peserta sepanjang tempoh 12 jam kempen itu diadakan.
 
Angka tersebut membayangkan kempen itu Berjaya mengumpul dana sekurang-kurangnya 4 juta yen (RM121,184).
 
"Saya melakukannya untuk tujuan amal, pegang dan dermalah, semua orang gembira," kata seorang aktres berkenaan, Iku Sakuragi selepas ditanya tentang perasaannya membiarkan beratus-ratus orang menyentuh payudaranya.
 
"Saya tidak pernah terfikir bahawa payudara saya boleh menyumbang kepada masyarakat," kata rakannya, Rina Serina. - AFP