Memoir peribadi Masabumi Hosono, satu-satunya penumpang Titanic berbangsa
Jepun yang terselamat dipamerkan di Muzium Yokohama Minato dalam sebuah pameran
khas bermula dari 19 April lalu.
Hosono adalah datuk kepada Haruomi Hosono, ahli kumpulan muzik techno
berpengaruh besar Yellow Magic Orchestra (YMO). Pameran ini merupakan salah
satu acara untuk meraikan ulang tahun ke-25 pembukaan muzium tersebut.
Dokumen dan bahan yang terselamat daripada tragedi Titanic amat jarang,
tambahan pula kertas yang digunakan oleh Hosono untuk menulis memoir terdapat
nama dan cop kapal tersebut.
Pada tahun 1912, Hosono yang berusia 42 tahun bertugas di bawah Kementerian
Pengangkutan Jepun, menjalankan penyelidikan ke atas perkembangan sistem
landasan keretapi di Eropah. Selepas tugasnya selesai, Hosono bercadang pulang
ke Jepun melalui Amerika Syarikat.
Walaupun dirinya terselamat dalam salah satu tragedi terkenal dalam sejarah
manusia, Hosono tiba di kampung halaman dengan kritikan hebat sedang
menantinya.
Pihak orang awam, media malah kerajaan menghinakan keputusannya menyelamatkan diri dan berpendapat bahawa dia sepatutnya tenggelam bersama Titanic. Pada tahun 1939, Hosono meninggal dunia. Pameran memoir Hosono berlangsung sehingga 18 Mei ini.