Sumber
berita hiburan Deadline melaporkan pelakon terkenal Tom Cruise (Top Gun &
The Last Samurai) bakal terlibat di dalam sebuah filem aksi adaptasi daripada
novel sains fiksyen oleh Chohei Kambayashi yang bertajuk Yukikaze.
Novel
ini pernah diadaptasi ke permainan video oleh studio Gonzo pada tahun
2002-2005.
Di
dalam novel ini, unit elit Special Air Force telah terlibat di dalam sebuah
perang rahsia menentang makhluk asing yang gagal menakluk bumi menerusi portal
dimensi di Antartika 33 tahun lalu.
Second
lieutenant Rei Fukai terbang seorang diri di dalam satu misi bahaya ke tempat
asal makhluk asing bersama pembantunya, Sylphid.
Warner
Bros telah mendapatkan hak untuk mengadaptasi kisah ini disamping menyediakan
modalnya. Erwin Stoff dan Tom Lassally (All You Need Is Kill) dari 3 Arts akan
menerbitkan filem ini.
Kambayashi
telah menghasilkan dua buah novel Yukikaze iaitu Sento Yosei Yukikaze (1984)
dan Good Luck Sento Yosei Yukikaze (1999).
Cruise kini sedang sibuk di dalam pengambaran filem yang diadaptasi dari novel sains fiksyen All You Need Is Kill oleh Hiroshi Sakurazaka di bawah arahan Doug Liman (The Bourne Identity) dan filem terbaru Cruise yang bertajuk Oblivion berjaya mengutip US$ 61 juta (+/-RM 185 juta) dalam minggu pertama penayangannya.