Video
terbaru pratonton The End iaitu persembahan opera yang bakal dibintangi oleh
idola alam maya Hatsune Miku telah mula disiarkan.
Marc
Jacobs, pengarah artistic bagi jenama terkenal dari Perancis iaitu Louis
Vuitton telah menghasilkan rekaan untuk baju yang dipakai oleh Miku dalam
persembahan tersebut.
Pengarah
Toshiki Okada dan artis muzik digital Keiichiro Shibuya telah mengadakan opera
di Yamaguchi Center for Arts and Media, Yamaguchi City pada bulan Disember
lalu.
Tiada
manusia yang muncul di atas pentas walau pun untuk bermain alat muzik.
Sebaliknya, Vocaloid mengambil tempat masing-masing untuk mengadakan
persembahan.
‘Pelakon”
di atas pentas direka oleh artis YKBX (juga dikenali sebagai Masaki Yokobe)
yang turut dikenali untuk muzik videonya “amazarashi”.
Shohei Shigematsu seorang arkitek dan rakan kongsi OMA New York telah menghasilkan pentas. Persembahan opera ini bakal berlangsung di Tokyo pada 23-24 Mei ini.