Gabenor
Wilayah Chiba, Kensaku Morita mendedahkan semasa kempen untuk pilihanraya pada
bulan Mac ini bahawa dia akan memulakan semula rancangan untuk menubuhkan
muzium anime yang pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Taro Aso.
Morita
turut menyebut pada Jun lalu dia telah melawat Jerman dan semua orang lengkap
berpakaian Geisha dan karakter anime. Morita juga melihat remaja Jerman memakai
pakaian karakter Sailor Moon dan dari saat itu dia mula tahu untuk dapatkan
perhatian dari Negara luar adalah menerusi anime!
Muzium
anime asal yang dinamakan buat sementara waktu sebagai Pusat Seni Media
Nasional adalah sebahagian daripada cadangan utama Aso pada 2009 yang mahu
menggunakan ‘kuasa dalam’ Negara menerusi manga, anime dan budaya yang
berkaitannya untuk hasilkan peluang pekerjaan serta untuk memulihkan penurunan
ekonomi Negara itu.
Namun, rancangan itu telah ditolak kerana kos pembinaan yang akan menelan belanja 11.7 billion Yen (+/- RM 389 juta) dianggap satu pembaziran.