Budaya kawaii (comel) memang sinonim dengan negara Jepun. Jadi tidak mengejutkan apabila sebuah helikopter tempur anti kereta kebal AH-1S Cobra mendapat sentuhan kawaii sempena festival udara Kem Kisarazu 2012 yang telah diadakan di kem tentera Kisarazu milik Ground Self Defense Forces (Pusat Angkatan Tentera Darat) di Wilayah Chiba.
Festival ini turut dimeriahkan dengan kemunculan maskot gadis anime bernama Akane Kisarazu yang bukan hanya muncul sebagai lukisan yang terdapat pada salah sebuah pesawat pejuang, malah gadis anime yang sebenar turut muncul!
Akane dikatakan adalah seorang juruterbang tentera pesawat juang yang baru berusia 23 tahun. Dikatakan bilangan orang ramai yang ingin memasuki tentera bertambah sejak karakter anime dan cosplayer seperti ini digunakan ketika hari terbuka kem!