Selasa, 28 Ogos 2012

Daging Lembu Kobe Mula Dieksport


Daging lembu Kobe mula dieksport keluar dari Jepun. Pada 27 Julai, beberapa pasaraya dan restoran berkelas tinggi di Hong Kong menjual daging lembu terkenal itu yang sebelumnya hanya dihadkan di pasaran Jepun.

Menurut persatuan pemasaran industri daging Jepun, Hong Kong merupakan pasaran asing kedua yang mengimportkan daging lembu Kobe selepas Macau pada Februari lalu. Kedua-dua tempat ini merupakan kawasan pentadbiran khas negara China.

Daging lembu Kobe datangnya dari lembu Tajimagyu yang diternakkan di kawasan pergunungan Wilayah Hyogo sejak abad ke 17. Daging ini terkenal dengan keenakannya serta tekstur seumpama batu marmar di mana kandungan daging dan lemak yang seimbang.

Harga daging lembu Kobe di Hong Kong adalah kira-kira HK$450 (-/+RM 180) per 100 gram.