Ashida Mana telah dipilih sebagai watak imej untuk kempen musim panas Fuji TV, Drama/Variety Festival Doba Doba! Fuji TV. Rancangan ini menampilkan watak Ashida Mana robot. Ashida menjelaskan: "Saya terkejut melihat banyak robot diri saya."
Untuk menghasilkan robot oleh komputer, Ashida mengadakan sesi pengambaran dimana dia membuat pelbagai jenis ekspresi muka.
"Saya agak seronok membuat pelbagai muka ketika penggambaran," jelas pelakon kanak-kanak berusia 8 tahun ini. Di dalam iklan, robot Ashida Mana berjalan sambil bercakap mesej kempen ini, "Doba! Doba!". Robot-robot ini tidak akan berhenti kerana dikatakan ia akan ke seluruh Tokyo.