Isnin, 23 Julai 2012

Mecha Sebenarnya Wujud?!


Syarikat perusahaan mesin yang terletak di Wilayah Gunma, Jepun bukan sahaja menjual mesin, malah membuatkan mimpi menjadi kenyataan! 

Syarikat Sakakibara Kikai telah menghasilkan rekaan, mengeluar dan menjual pelbagai jenis mesin dan mereka turut menghasilkan robot ringkas sebagai sebahagian daripada kajian untuk penghasilnya.

Sebagai contoh, LAND WALKER, mecha dengan seorang pemandu dan memiliki dua kaki, kokpit dan dua buah senjata air gun. Mecha ini mirip dengan robot di dalam siri anime.

Mecha ini mungkin tidak dapat dipraktikkan lagi tetapi amat sesuai dijadikan alat untuk hiburan. Ia telah dipamerkan di beberapa buah acara dan mendapat sambutan hangat dari pengunjung yang melihatnya!

Kobukuro Umumkan Album Terbaik dan "Konsert Percuma Berbayar"

Kobukuro telah mengumumkan mereka akan menerbitkan album terbaik kedua, ALL SINGLES BEST 2 pada 5 September.

Pasangan ini telah berehat dari Ogos tahun lalu sehingga April tahun ini kerana Kobuchi Kentaro menghidapi Dystonia dan perlukan berehat enam bulan untuk pulih. Kuroda Shunsuke turut menerima rawatan untuk bahagian belakangnya yang sakit dan keletihan tekak.

Selain itu, Kobukuro akan mengadakan konsert percuma dipanggil FAN'S MADE LIVE pada 9 September di Banpaku Kinen Park East Square, Osaka. Walau pun ia dianggap percuma, akan ada bayaran penyertaan seribu Yen (+/- RM 400) untuk taman dan kemudahan lain.

SMAP Berikan Lagu Tema untuk Liputan Olimpik TBS


Ia telah diumumkan bahawa SMAP akan menyanyikan lagu tema TBS untuk liputan Olimpik London saluran tersebut. Lagu yang sama juga akan diterbitkan sebagai single ke 48 SMAP, Moment.

Nakai Masahiro juga akan menjadi pengacara utama TBS untuk siaran Olimpik dan ini merupakan kali ke 3 Nakai menjadi pengacara utama selepas Olimpik Athens (2004) dan Olimpik Beijing (2008). Smap menjanjikan lirik dan rentak Moment akan memberi semangat dan kekuatan kepada para atlit.

Ahad, 15 Julai 2012

Ashida Mana Sebagai Watak Imej Kempen Musim Panas Fuji TV

Ashida Mana telah dipilih sebagai watak imej untuk kempen musim panas Fuji TV, Drama/Variety Festival Doba Doba! Fuji TV. Rancangan ini menampilkan watak Ashida Mana robot. Ashida menjelaskan: "Saya terkejut melihat banyak robot diri saya."

Untuk menghasilkan robot oleh komputer, Ashida mengadakan sesi pengambaran dimana dia membuat pelbagai jenis ekspresi muka.

"Saya agak seronok membuat pelbagai muka ketika penggambaran," jelas pelakon kanak-kanak berusia 8 tahun ini. Di dalam iklan, robot Ashida Mana berjalan sambil bercakap mesej kempen ini, "Doba! Doba!". Robot-robot ini tidak akan berhenti kerana dikatakan ia akan ke seluruh Tokyo.

HARAJUKU KAWAIII!!!!! Diadakan di Paris


Acara fesyen HARAJUKU KAWAII!!!! telah diadakan di festival terbesar untuk budaya Jepun, JAPAN EXPO di Paris, Perancis pada 8 Julai.

HARAJUKU KAWAII!!!! di Paris diadakan di atas pentas utama dengan menampilkan persembahan langsung oleh ikon fesyen Harajuku, Kyary Pamyu Pamyu. Selain konsert, acara ini akan menampilkan pertunjukan fesyen daripada Aoyagi Fumiko, Apochi, Seto Ayumi Una dan model-model lain yang mewakili budaya Harajuku.

Inilah Poster Muktamad Filem Rurouni Kenshin

Poster muktamad untuk filem aksi benar Rurouni Kenshin yang bakal muncul telah didedahkan! Pada Mac lalu, poster pengenalan yang menampilkan pelakon Sato Takeru, tema visual tersebut adalah 'daya gila tersembunyi Kenshin' dan menampilkan kecekalan hatinya dalam hitam dan putih.

Poster baru ini menampilkan ayat , 'Aku pasti akan kembali', bersama-sama dengan pelakon utama seperti Kenshin (Sato), Kamiya Kaoru (Takei Emi), Takani Megumi (Aoi Yu), Takeda Kanryu (Kagawa Teruyuki) dan Saito Hajime (Eguchi Yosuke). Rurouni Kenshin akan ditayangkan di seluruh Jepun pada 25 Ogos depan.

Rabu, 4 Julai 2012

Nogizaka46 Menghadiri Tayangan Perdana Spider-Man

Pada 13 Jun, pesaing kumpulan AKB48, Nogizaka46 menghadiri acara tayangan perdana sedunia untuk filem The Amazing Spider-Man di Jepun.

Sempena superhero tersebut, kumpulan ini memakai yukata merah dan biru dan tampil ke karpet merah buat pertama kalinya.

Apabila ditanya apa yang akan mereka buat jika Spider-Man teman lelaki mereka, Matsumura Sayuri berkata: "Saya ingin dia bawa saya ke tempat tinggi dan menyaksikan pemandangan malam yang indah."

Dibintangi Andrew Garfield dan Emma Stone, mereka turut hadir untuk menghiburkan seribu peminat.